KEMAHIRAN MENGURUS MASA
Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik agar pengunaan masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain. Kegagalan mengurus masa dengan berkesan menjadi salah satu faktor kegagalan seseorang. Kejayaan yang telah dicapai oleh nama-nama terbilang di malaysia di dalam peperiksaan yang lalu mengakui bahawa pengurusan masa amat penting di dalam mereka memburu kejayaan.
Pastikan waktu mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Jangan salah faham. Bukan belajar selama 3 jam secara berterusan. 1 jam pada waktu pagi. 1 jam pada waktu petang dan 1 am pada waktu malam.
Kebisaannya tumpuan akan hilang ketika kita mengulangkaji pelajaran. Jangan paksa keadaan ini. Rehatlah sebentar dengan cara menarik nafas atau melakukan senaman ringan atau minum sedikit air kosong (suam) untuk mengembalikan kesegaran.
Untuk mengelakkan kejemuan. Pelbagaikan aktiviti semasa belajar. Membuat catatan apa yang dibaca, melafazkan semula apa yang dibaca, menukarkan maklumat di dalam bentuk peta minda boleh dipraktikkan bagi tujuan itu. Proses secara berselang seli akan mendatangkan impak yang berkesan.
Ketika mengulangkaji adalah lebih sesuai kita meletakkan matlamat pada kemampuan jangkuan kita. Tetapkan matlamat berdasarkan peruntukakan masa. Dalam sejam berdasarkan pengalaman yang lalu kita hanya mampu membaca 10 muka surat dengan tumpuan yang sepenuhnya. Oleh yang demikian matlamat untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sejam adalah tidak tepat. Kerana ia akan mengundang kejemuan dan stress. Kita juga tidak juga boleh hanya menetapkan 5 muka surat sahaja untuk dihabiskan selama 1 jam. Keadaan ini akan mengujudkan keselesaan yang tidak sepatutnya. Belajar dengan terlalu santai tidak setimpal dengan nisbah masa yang digunakan dan tidak tepat dengan matlamat yang ingin dicapai.
Begitu juga ketika kita membuat soalan latihan atau menjawab contoh-contoh soalan lalu. Tetapkan dahulu jumlah set soalan yang ingin dijawab dan sesuaikan masa yang akan digunakan. Latihan penulisan yang biasanya amat membosankan oleh segelintir pelajar perlu dirancang dengan baik. Menulis selain amat memenatkan dari segi fizikal ia juga memenatkan minda kita. Namun perlu diingat hampir 80 peratus soalan di dalam peperiksaan perlu dijawab dengan cara menulis.
Sediakan senarai aktiviti belajar seharian ( list to do ). Pangkahkan kepada kerja-kerja yang telah sempurna dilakukan. Semak semula sepintas lalu tahap pencapaian kerja yang telah selesai. Perbaiki kelemahan pada masa akan datang jika ia melibatkan teknik. Tetapi jika kelemahan itu adalah kelemahan yang besar, perbaiki kelemahan secara semerta agar kelemahan itu tidak terbawa-bawa dan menjadi satu kebiasaan di masa depan. Sediakan senarai to do list untuk hari berikutnya. Agar apabila kita memulakan hari baru perjalanan pembelajaran dan aktiviti yang akan di lalui esok hari akan teratur. Pada kebiasaannya aktiviti pembelajaran hampir sama, namun mungkin berbeza dari tugasan yang kita perlu buat dan selesaikan. Ada tugasan yang diberi oleh guru telah sampai masanya untuk dihantar. ada tugasan berbentuk individu dan mungkin juga ada tugasan yang melibatkan kumpulan. Jangan jadikan diri kita menjadi sebab tugasan kumpulan tidak dapat disempurnakan.
Sistem pengurusan masa yang lebih baik untuk keperluan anda akan membantu anda membuat kerja dalam tempoh yang singkat. Tidak kira samaada keutamaan anda ialah masa yang lebih daripada yang anda ada sekarang atau gred yang lebih baik, pengurusan masa yang berkesan boleh membantu anda mencapai objektif anda kerana :
- Membantu anda membuat sesuatu ikut keutamaan.
- Membantu anda menghindar perangkap masa
- Membantu anda untuk menjangka peluang-peluang yang ada
- Memberi anda kebebasan dan kawalan
- membantu anda menghindar daripada konflik masa
- Membantu anda menghindar rasa bersalah
- membantu anda menilai kemajuan anda
- Membantu anda belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak
Selain daripada membantu mengurus masa anda dengan betul sekarang dan mencapai matlamat pembelajaran yang terdekat, pengurusan masa berkesan akan memberi faedah jangka panjang. Pernakah anda duduk di dalam kelas dan berfikir, " Saya tidak akan menggunakan bahan-bahan ini setelah tamat sekolah?"
- Belajar pengurusan masa sekarang akan membantu anda bersedia untuk masa hadapan ?
- Belajar bagaimana mengurus masa anda sekarang akan membentuk tabiat dan kemahiran yang anda boleh gunakan di luar daripada sekolah.
Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Cuba anda tanya dan jawab persoalan ini......
- Adakah waktu belajar saya setakat ini mencukupi ? ya / tidak
- Adakah saya menambah waktu belajar saya menjelang peperiksaan ? ya / tidak
- Adakah waktu rehat saya berlebihan ? ya / tidak
- Adakah saya menggunakan waktu rehat apabila waktu peperiksaan semakin hampir ? ya / tidak
- Adakah saya membaca nota ketika saya menunggu kenderaan semasa hendak pergi dan balik dari sekolah ? ya / tidak
- Adakah saya membaca nota saya semasa di dalam perjalanan yang jauh ? ya / tidak
- Adakah saya melakukan aktiviti pembelajaran semasa cikgu lambat atau tiada di dalam kelas? ya / tidak
- Adakah saya menggunakan sedikit masa untuk matapelajaran yang saya lemah atau tidak minat ? ya / tidak
- Adakah saya menghabiskan terlalu banyak masa terhadap masa yang saya minati ? ya / tidak
- Dengan pengurusan masa belajar yang saya amalkan selama ini, adakah pencapaian yang diperolehi memuaskan hati saya ? ya / tidak
Walaupun kesemua persoalan di atas boleh di jawab dengan mudah samada ya / tidak, kedua-dua jawapan itu mempunyai hubungan yang signifikan dengan keputusan yang diperolehi.
Bincanglah jawapan anda dengan guru anda kerana guru anda mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Insya Allah guru anda akan dapat membantu anda. Guru anda akan bangga dengan kejayaan anda. Insya Allah.
1. Bersedia
Bincanglah jawapan anda dengan guru anda kerana guru anda mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Insya Allah guru anda akan dapat membantu anda. Guru anda akan bangga dengan kejayaan anda. Insya Allah.
KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Bersedia
- Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa
- Menanam minat terhadap mata pelajaran
- Menanam minat terhadap guru yang mengajar
- Tidak penat
- Tidak mengantuk
2. Peralatan yang mencukupi
- Alat tulis / buku nota
- Buku ruukkan / teks
- Kertas nota
3. Duduk dekat dengan guru
- Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan)
- Senang bertanya
4. Ulang kaji tajuk awal
- Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam)
- Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting
5. Aktif dan diam
- Ambil bahagian dalam perbincangan
- Jika tidak faham bertanyalah segera
- Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman)
6. Elak gangguan
- Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal
- Alih perhatian / prasangka
7. Catat nota
- Ringkas dan padat ( kg : kampung)
- Tulis cepat dan jelas
- Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih )
Ingatan ? Mengikut catatan sejarah, pada peringkat awal penurunan ilmu kepada manusia, ilmu diajar secara lisan dan ilmu itu diingat melalui kaeadah mengingat dengan cara menghafal. Al-Quran pada mulanya disimpan melalui ingatan dan hafalan. Kemudian berubah kepada kaeadah ingatan, hafalan dan tulisan. Al-Hadith pada awalnya juga dsimpan melalui ingatan dan hafalan. Namun selepas daripada itu, para muhadithin mengukuhkan lagi dengan penulisan kitab seperti Al-Umm, Al-Muata', Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ihya' Ulummiddin, Fiqh Sunnah, himpunan Hadis-hadis Sahih, Al Azkar, Hadis 40l , Tafsir Ibnu Kastir, Tafsir Azhar, Tafsir Al Jalalin, Asbabun Nuzul. Kaeadah ini berubah kerana kebimbingan kehilangan maklumat yang diingat secara tidak disedari disamping membatu generasi berikutnya untuk mendapatkan ilmu-ilmu terdahulu.
2. Menghafal
2. Menghafal
- Hafal isi yang dibaca / didengar
- Menyebut isi yang dibaca / didengar
- Suara jelas didengar oleh telinga
- Menulis apa yang dihafal
- Contoh : Warna Pelangi (Mak , Jual, Kuih, Hendak, Beli, Ikan, U )
- (Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Unggu )
4.1. AKRONIM / Kepala huruf
a. HALA : Agen penyebaran tumbuhan
H = Haiwan , A = Angin, L = Mekanisma Letupan, A = Air
b. RIMBA = Pengkelasan Haiwan
R = Reptelia, I = Ikan, M= Mamalia, B=Burung, A=Amfibia
2. Jalan cerita
a. Sifat bahan kimia
Asyik, Beli, Kebab, Mentah
Asid : Biru Ke Merah
a. HALA : Agen penyebaran tumbuhan
H = Haiwan , A = Angin, L = Mekanisma Letupan, A = Air
b. RIMBA = Pengkelasan Haiwan
R = Reptelia, I = Ikan, M= Mamalia, B=Burung, A=Amfibia
2. Jalan cerita
a. Sifat bahan kimia
Asyik, Beli, Kebab, Mentah
Asid : Biru Ke Merah
5. Sistem Irama
Tukarkan ayat atau isi ke dalam bentuk irama
Pilih lagu yang paling kamu minat
Tukarkan ayat atau isi ke dalam bentuk irama
Pilih lagu yang paling kamu minat
6. Uji kemampuan daya ingatan / bina soalan
Bina soalan dan jawab dengan sendiri
Bina soalan dan jawab dengan sendiri
7. Lakukan ulang kaji sekerap mungkin
Membaca nota, Menjawab contoh soalan lalu
Membaca nota, Menjawab contoh soalan lalu
8. tampal formula / isi penting di tempat strategik
Di dalam bilik di rumah.
Di atas meja belajar di sekolah / di rumah
Di dalam bilik di rumah.
Di atas meja belajar di sekolah / di rumah
KEMAHIRAN BERTANYA
1. Bertanya atau diam ?
Rajin bertanya luas pengetahuan, malu bertanya sesat jalan.
Pertanyaan penting bagi mengatasi masalah kurang faham. Murid-murid selalu atau pernah memerhatikan kanak-kanak kecil (adik-adik kita umpamanya) mempunyai tabiat yang baik sekali terhadap proses pembelajaran, iaitu sering bertanya apabila mereka mempunyai masalah.
2. MENGAPA bertanya ?
- Kurang faham sesuatu konsep
- Kurang pasti apa yang dibaca, didengar, dilihat.
- Tidak faham tentang istilah yang guru gunakan
- Untuk mendapatkan jawapan
- Untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada guru
3. Mengapa MALU bertanya ?
- Rasa rendah diri
- Tidak yakin pada diri sendiri
- Merasakan orang lain lebih padai
- Bimbang ditertawakan oleh rakan
- Bimbang orang lain akan mengatakan kita tidak tahu
4. Apakah yang hendak ditanya ?
- Perkataan baru
- Istilah baru
- Gambarajah yang kabur
- Formula yang rumit
- Konsp yang tidak difahami
- Penggunaan formula / rumus
5. BAGAIMANA mengemukakan soalan ?
Mulakan dengan : maafkan saya cikgu....
- Cikgu, apa makna ..............
- Cikgu, bagaimana ia berfungsi ?
- Cikgu, bagaimanakah .........
- Cikgu, boleh ulangkan cara penyelesaian tadi ?
- Cikgu, mengapakah ia berubah ?
- Cikgu, minta jelaskan sekali lagi tentang .........
Sudahkan pertanyaan dengan : terima kasih, cikgu......
TEKNIK MENGULANGKAJI
Ulangkaji yang berkesan hendaklah dilaukan SEAWAL MUNGKIN.
USAH BERTANGGUH hingga ke saat peperiksaan.
So, You Have To Start Now
1. Baca buku atau nota
Nota tidak terlalu panjang / Nota yang dibuat sendirI
Hadkan perkara yang kamu ingat sahaja.
Nota tidak terlalu panjang / Nota yang dibuat sendirI
Hadkan perkara yang kamu ingat sahaja.
2. Fahami apa yang dibaca
Pastikan faham apa yang dibaca
Jika tidak faham ulang beberapa kali sehingga faham.
Pastikan faham apa yang dibaca
Jika tidak faham ulang beberapa kali sehingga faham.
3. Tutup Buku
Uji kemampuan ingatan atau pemahaman
Bina Soalan, kemdian jawab sendiri
Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab buka semula buku dan ulangi pembacaan
Uji kemampuan ingatan atau pemahaman
Bina Soalan, kemdian jawab sendiri
Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab buka semula buku dan ulangi pembacaan
4.Baca semula Nota
Teknik pengulangan ini sangat bermanfaat untuk meningkatkan kefahaman
dan daya ingatan kamu usaha kamu selama ini tidak sia-sia
5. Membentuk kumpulan belajar yang mempunyai matlamat