Modul Guru Penyayang adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Jadi semua sekolah di Negeri Johor dikehendaki melaksanakan program ini sepanjang tahun 2012. Ok..untuk guru bimbingan kita kena laksanakan program sejak awal lagi iaitu menyambut kedatangan murid pada hari pertama persekolah. kita bersama guru besar dan GPK perlu berada di pintu pagar menyambut kehadiran murid dan penjaga..hehehe (^_^). Seterusnya bagi cikgu kaunseling juga jangan lupa laksanakan program mentor mentee ye..itu salah satu perancangan guru penyayang juga..
Disini cikgu sediakan modul-modul perlaksanaan guru penyayang yang cikgu-cikgu boleh laksanakan di sekolah ya..
YANG INI PULA CONTOH PELAN STRATEGIK
Disini cikgu sediakan modul-modul perlaksanaan guru penyayang yang cikgu-cikgu boleh laksanakan di sekolah ya..
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG
Tema : Anda DiUtamakan
Tajuk 1 : Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah
Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan
murid.
2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan
murid.
Tarikh : 04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan)
Masa : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang)
Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang,
guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah
Bahan / Alat : Kain rentang/banting
Langkah-langkah :
1. Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan sekolah. Contoh kain rentang :
SELAMAT DATANG KE SEKOLAH
Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah
“Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.”
|
2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid.
3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh :
a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera
b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school
c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah
4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka.
Penilaian : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa.
Rumusan : Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan
perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG
Tema : Pandangan Pertama
Tajuk 2 : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan
Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan
murid.
2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid.
3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang
kondusif dan teraputik.
Tarikh : 04 Januari 2012
Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi
(waktu pertama persekolahan pagi dan petang)
Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis
Bahan / Alat : Sistem siaraya, kerusi, rostrum
Langkah-langkah :
1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan.
2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif.
3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan.
4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.
Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela
dan selesa.
Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui
komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG
Tajuk : Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaran
Tema : Syoknya belajar !
Objektif : 1. Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid
sepanjang pembelajaran dan pengajaran.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.
3. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan hasil kewujudan perhubungan yang lebih mesra dalam kalangan murid dan guru.
Tarikh : Sepanjang tahun
Masa : Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaran
Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Semua guru
Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian
Langkah-langkah :
1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid.
2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap
keprihatinan terhadap murid.
3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid
untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku
semasa pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya.
5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian.
6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan
bersikap mesra.
7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow, tahniah kerana memberi tumpuan.
8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik
kelas sebelum guru keluar dari kelas.
Penilaian : Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Rumusan : Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran
yang menyeronokkan, dan seterusnya mengurangkan tekanan
kepada guru dan murid.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG
Tema : Guru Sumber Inspirasi
Tajuk 3 : Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku
Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas.
2. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru kelas bersesuaian dengan konsep in loco parentis.
3. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadap
guru, rakan-rakan dan kelas sendiri.
Tarikh : 04 Januari 2012
Masa : 8.10 pagi hingga 9.30 pagi (2 waktu selepas perhimpunan)
Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Guru kelas
Bahan / Alat : Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian
Langkah-langkah :
1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan.
2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas.
3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti.
4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama murid.
Penilaian : Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas seperti
dipersetujui bersama, contohnya penjagaan kebersihan kelas, kewujudan keharmonian kelas, pengurusan papan notis, dan sebagainya.
Rumusan : Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan
murid dan guru berlandaskan konsep in loco parentis.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG
Tema : Pembudayaan sikap prihatin
Tajuk : Bersamamu, sayang
Objektif : 1. Mewujudkan rasa diambil berat oleh guru.
2. Mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah kesempitan hidup.
3. Menanam semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.
Tarikh : Mengikut kesesuaian
Masa : Mengikut kesesuaian
Sasaran : Murid yang berkeperluan (bantuan kemiskinan, mangsa bencana,
kematian, anak yatim dan lain-lain)
Personalia : PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru
Biasiswa, Guru Data
Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian
Langkah-langkah :
1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian.
3. Menghulurkan bantuan :
a. Lawatan ke rumah
b. Lawatan ke hospital
c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain
4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan.
Penilaian : Murid mendapat bantuan dan kekuatan untuk mengharungi masalah
kesempitan hidup.
Rumusan : Guru penyayang sentiasa prihatin untuk mengenalpasti murid yang
berkeperluan. Bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat mengurangkan tekanan emosi dan bebanan yang dihadapi. Murid akan merasa dirinya dihargai dan rasa dirinya terbela. Seterusnya murid akan mendapat kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG
Tema : Iklim Sekolah Penyayang
Tajuk : Komuniti prihatin, komuniti penyayang
Objektif : 1. Mewujudkan persekitaran yang mendorong warga sekolah
untuk lebih bersifat penyayang.
2. Menimbulkan rasa keperluan untuk bersifat penyayang kepada murid.
3. Mempraktikkan amalan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.
Tarikh : Sepanjang tahun
Masa : Sepanjang masa persekolahan
Sasaran : Semua warga sekolah
Personalia : Guru Media, Jawatankuasa 3K
Bahan / Alat : Kain rentang, papan kenyataan, bahan/dokumen berkaitan
Langkah-langkah :
1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang.
2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah :
a. tempat memaparkan kain rentang
b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid
c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru
d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji
e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat dengan masyarakat
3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh :
a. Amalan senyuman mesra
b. Amalan ucapan terima kasih
c. Amalan bersalaman
Penilaian : Wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.
Rumusan : Suasana dan persekitaran yang berunsur kasih sayang akan
mewujudkan iklim sekolah yang bersifat penyayang. Iklim positif ini akan sentiasa mendorong murid suka hadir ke sekolah dan mengamalkan gaya hidup penyayang.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG
Tema : Latihan dalam Perkhidmatan
Tajuk : Guru Penyayang, Murid Sayang
1. Objektif : 1. Memahami konsep Guru Penyayang berlandaskan elemen
9P5K.
2. Mengaplikasikan konsep Guru Penyayang sebagai satu budaya kerja.
3. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
beretika.
Tarikh : LDP sekolah kali pertama
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Sasaran : Semua guru
Personalia : Pengetua / Guru Besar
Bahan / Alat : Edaran bahan LDP
Langkah-langkah :
1. Pembentangan Konsep Guru Penyayang dalam persembahan Power Point.
2. Pembengkelan pengisian dan perlaksanaan Program Guru Penyayang.
3. Pembentangan hasil pembengkelan.
4. Penetapan garis panduan perlaksanaan Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah.
5. Penubuhan Jawatankuasa Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah.
Penilaian : 100% guru dapat memahami dan mempraktikkan konsep Guru
Penyayang.
Rumusan : Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat
prihatin dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat
penyayang dapat memberi sumbangan kepada usaha peningkatan
sahsiah diri murid dan akademik.