PRS

Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid akan kemahiran asas di dalam menjalin perhubungan dengan rakan sekelas dan sekolah.  Selain itu 
juga penubuhan PRS diharap dapat membantu murid meningkatkan perkembangan kendiri, 
pencapaian akademik dan membuat keputusan dengan bijaksana.


PENGERTIAN PRS
PRS ialah murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan bimbingan.Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya ,terutama kepada mereka yang  memerlukan pertolongan .PRS tidak berfungsi untuk memberi  nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi  seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan rela memberi khidmat dalam sistem sekolah


FALSAFAH 
Bantu diri untuk membantu rakan lain 


PRINSIP 
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

    PERANAN
       1.   Menjadi rakan yang peka kepada keadaan sekeliling
2.      Khidmat sokongan
3.      Sumber kepada rakan untuk dapatkan bantuan
4.      Sebagi murid contoh kepada rakan lain

    ETIKA
      1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2.      Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3.      Sentiasa mengambil berat
4.      Amanah
5.      Jujur
6.      Menerima tanpa syarat


MISI:MELAHIRKAN MURID TERBILANG SAHSIAH CEMERLANG KE ARAH                MEREALISASIKAN NEGARA BERWAWASAN.


               SLOGAN/MOTTO:MURID BERPOTENSI MENJANA KECEMERLANGAN