Bismillahirrahmannirrahim..
Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu nak berkongsi dengan pengunjung semua Bahan BBM Bimbingan Dunia Kerjaya yang cikgu buat. Tujuannya untuk beri pendedahan awal kepada murid-murid berkaitan dunia kerjaya.
Biasanya murid sekolah rendah seawal tahap 1 akan memilih pekerjaan yang mereka biasa nampak seperti posmen dan doktor jika mereka ke klinik. Ada juga yang memilih menjadi ultramen kerana melihat di televisyen. Pendedahan demi pendedahan perlu dilakukan agar mereka dapat melihat begitu banyak jenis pekerjaan yang ada.
Kita bukan mahu memberi maklumat yang penuh. Tidak! cukup sekadar mengenalkan mereka dengan nama-nama pekerjaan dan mereka tahu pakaian pekerjaan dan hal lain seperti barang berkaitan pekerjaan dan tempat bekerja. Itu sudah mengkagumkan!
Selama 2 tahun juga Cikgu ambil masa untuk cuba membina
CAREER TOOL TCHER JIJAH (exclusively for primary school). Cikgu bina 10 set dalam kotak pekerjaan ini tapi lama kelamaan macam terlebih sudah. Sudah jadi 20 set. Setiap set dibina mengikut peringkat perkembangan murid.. hihihihi oh ya, cikgu sedang bina 3 buah buku kerjaya mengikut tahap, iaitu Buku Latihan Kerjaya Tahap 1, Tahap 2 dan Linus/Pemulihan. Moga dapat menyiapkan buku-buku ini pada cuti sekolah hujung tahun ni. Insya-Allah. Cikgu hanya merangcang tapi Kun Fa Ya Kun.... alhamdulillah kesemua yang cikgu tunjukkan di bawah ini telah dipraktikkan bersama anak-anak syurga cikgu. Kecuali REPLIKA KERJAYA 3D tu cikgu ambil di 1 laman web luar, milik omputeh.hihihih....pasai yang tu tak pandai lukis. Nantilah cuba belajar melukis. Yang lain-lain memang cikgu bina sendiri.
Dan anda pengunjung blog ini yang cikgu yakini juga Guru BNK, sama-samalah kita membina BBM Bimbingan untuk anak syurga kita. Kita dalam dunia kaunseling sekolah rendah tidak punya bahan yang banyak, jadi usahalah!! Cikgu berikan anda jalan, anda ciptalah dan bina dunia kerjaya yang baharu.
Nak buat BBM memang bukan hal mudah. Perlukan kita curi-curi masa, berfikir, luang masa, korban masa juga tenaga, kewangan juga. Memang ada tak reti, tapi usaha ada dimana-mana. Sekali lagi saya nyatakan saya hanya penunjuk jalan, anda semua boleh lakukannya dan boleh jadikan rujukan. Elakkan dari menjadi sesaorang seperti yang sering pensyarah saya di Universiti Malaya dulu katakan, "Jangan jadi mangkuk tadah. Terima saja tanpa menunjukkan usaha terlebih dahulu." Macam pedas ayat ni kan, tapi ikhlaskan hati.
Kerana banyak GBK yang mesej dan komen nak beli..nak beli..nak beli... Maaf, saya tidak mahu DUIT anda tapi saya mahu USAHA anda..itu yang saya mahukan dalam diri seorang GBK.
Belajar itu proses sepanjang hayat. Saya nak belajar mahirkan diri dengan power point pun ambil masa dua tahun lebih! mana ada manusia lahir terus pandai. Semuanya terletak di tangan anda. Saya mahu semua GBK Sekolah Rendah seluruh Malaysia sama-sama martabatkan bidang perkhidmatan BNK kita dan menaikkan imej Guru Bimbingan di mata masyarakat dan sekolah amnya. Agar stegma negatif tentang kita berjaya dipadamkan.
REPLIKA KERJAYA 3D
LIF KERJAYA
BUKU TEKA KERJAYA
DADU KERJAYA
SPINNER KERJAYA
BUKU PEKERJAAN BERUNIFORM DAN TIDAK BERUNIFORM
PUZZLE KERJAYA
DAM KERJAYA
MAZE KERJAYA
RODA KERJAYA
RODA SOALAN KERJAYA
PETA MAKLUMAT KERJAYA
50 KAD SOALAN PEKERJAAN
LANGKAH MUDAH BIMBINGAN MUTIARA KERJAYA UNTUK SEKOLAH RENDAH
PATUNG KERJAYA
POKOK PEKERJAAN
FLASH CARD 52 KERJAYA
MEWARNA 10 PEKERJAAN