13.6.17

Modul Bimbingan Akademik - Halangan Masa Depan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? kita dah masuk bulan ramadhan. Bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat islam. Puasa pun kelas bimbingan tetap berjalan seperti biasa ya.

Hari ini cikgu buat bimbingan bersama anak-anak kelab pingpong. hari ini ada 1 murid 1 sukan. Untuk hari ini kebetulan cikgu seorang saja yang bertugas, jadi cikgu buat bimbingan bersama mereka.

Modul : Akademik
Tajuk : halangan masa hadapan
Sasaran : Kelab Ping Pong
Bahan : Kotak Halangan dan guli
Objektif : Murid berupaya untuk membuat pilihan (kenapa pilihan? sebab aktiviti ini banyak memerlukan murid berfikir untuk memilih jalan yang mana sebelum menemui kejayaan)

Langkah:
1-Guru memberi penerangan berkaitan ujian dalam kehidupan. guru beri contoh yang sesuai dengan murid. Anatranya nak dapat nombor 1 dalam kelas perlu banyak latih tubi, bertanya guru, beli buku latihan dan membuat latihan di rumah selain di sekolah barulah boleh berjaya dengan ilmu tambahan selain yang diberikan oleh guru di sekolah. Selain itu nak jadi pensyarah perlu dapatkan ijazah dahulu, kemudian master baru boleh menjadi pensyarah. Bukan senang-senang lahir ke dunia terus dapat jadi pensyarah. Cikgu kena pastikan murid paham bab itu.
2-Guru menunjukkan kepada murid Kotak Halangan. Guru memberi tunjuk ajar bagaimana Kotak halangan digunakan. Murid perlu menggunakan guli bermula dari laluan Mula. Murid perlu menggerakkan kotak halangan dan mencari laluan yang betul agar guli dapat melalui dengan lancar dan tidak berjumpa halangan sehingga guli berjaya menemui jalan tamat.
3-Guru membuat 2 kumpulan bagi lelaki dan perempuan. Murid membuat aktiviti dengan arahan guru. Murid bergilir-gilir mencuba kotak halangan secara berpasangan.













2 ulasan: