13.6.17

Modul Akademik -Maze Tumpuan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua. Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas bersama anak-anak syurga 4 Cerdas.

Bimbingan kelas
Modul: Akademik
Tajuk : Tumpuan Di Kelas( Maze Tumpuan) 
Tahun: 4 Cerdas
Objektif: Murid mengetahui kaedah memberi tumpuan yang betul di dalam kelas.


Langkah:
1-Guru memulakan soalan kepada murid bagaimana cara murid memberi tumpuan di dalam kelas ketika guru mengajar. 
2- Hasil jawapan murid, guru membuat perbandingan dengan 4 langkah tumpuan yang cikgu ajarkan. 3-Guru menernagkan 4 langkah yang murid boleh guna dalam proses memberi tumpuan di dalam kelas. 
4-Berikan contoh yang sesuai ikut 4 kaedah itu contohnya kaedah jangan alih mata. Tunjukkan situasai bagaimana seorang guru mengajar di hadapan kelas dan murid memberi tumpuan dengan melihat guru. bandingkan dengan guru mengajar dan murid berbual dengan rakan sebelah. Soal murid situasai mana yang betul dan terbaik buat mereka. 
5-Minta murid siapkan Maze Tumpuan. Ini token untuk murid lebih seronok di dalam kelas dan praktik tumpuan mencari jalan keluar dalam Maze.




Read More...

Persediaan Pencerapan Oleh Pentadbir

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaa blog cikgu. Harap semuanya sihat. Minggu ini cikgu agak sibuk. 

Persediaan untuk pencerapan kelas bimbingan pada minggu ini oleh pentadbir. Biasa pentadbir cerap saya 2x dalam setahun. Sekali untuk pengurusan BNK dan sekali kelas bimbingan. Pencerapan ni bagus utk saya. Agar sy tak syok sendiri dan boleh perbaiki mana yg kurang. Orang sekeliling je yg nampak apa kekurangan kita yg kita sendiri tk nampak. Ambil yg positif saja. Ini bimbingan kelas,bukan sesi. Sambil-sambil mereka belajar bagaimana bimbingan dijalankan oleh GBK.







Read More...

Modul Bimbingan Kesejahteraan Mental- Seni Emosi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu yang pastinya sihat dan cergas hari ini. Cikgu semangat nak buat bimbingan di kelas ni. Hari ini cikgu bersama anak-anak tahun 5 Arif. Jom bersama kami.

Modul : Psikososial & Kesejahteraan Mental
Tajuk : Seni Emosi
Tahun : 5 Arif
Objektif: Murid didedahkan dengan kepelbagaian emosi
               Murid tahu menilai bentuk emosi  dari mimik muka
Bahan : Buku emosi dan marker

Langkah :
1-Guru masuk ke dalam kelas dengan mimik muka yang masam. Guru menunggu murid memberi salam. Selepas itu guru mula mempamerkan wajah senyum.  Guru kemudian bertanya siapa yang tidak hadir dan menunjukkan wajah terkejut apabila nama murid dinyatakan.
2-Guru bertanya kepada murid apa yang mereka nampak perubahan aneh dalam diri cikgu. Tanya murid ketika masuk ke kelas dia berwajah seperti apa.... ketika selepas memberi salam wajahnya bagaimana dan ketika bertanya siapa yang tidak hadir...
3-Guru menerangkan bahawa itu merupakan mimik muka yang menunjukkan emosi. Dan banyak emosi yang ada dan murid tidak tahu.
4-Di dalam kumpulan, guru memberikan buku emosi. Murid perlu melihat dan belajar bentuk-bentuk emosi. Murid boleh memilih bentuk MATA, HIDUNG DAN MULUT untuk membentuk emosi baru.
5-Guru mengarahkan murid setiap kumpulan untuk keluar dan melukis wajah emosi yang mereka pilih. Apabila ada rakan yang sudah memilih wajah emosi tersebut rakan lain tidak boleh melukis wajah yang sama.














Read More...

Modul Bimbingan Akademik - Halangan Masa Depan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? kita dah masuk bulan ramadhan. Bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat islam. Puasa pun kelas bimbingan tetap berjalan seperti biasa ya.

Hari ini cikgu buat bimbingan bersama anak-anak kelab pingpong. hari ini ada 1 murid 1 sukan. Untuk hari ini kebetulan cikgu seorang saja yang bertugas, jadi cikgu buat bimbingan bersama mereka.

Modul : Akademik
Tajuk : halangan masa hadapan
Sasaran : Kelab Ping Pong
Bahan : Kotak Halangan dan guli
Objektif : Murid berupaya untuk membuat pilihan (kenapa pilihan? sebab aktiviti ini banyak memerlukan murid berfikir untuk memilih jalan yang mana sebelum menemui kejayaan)

Langkah:
1-Guru memberi penerangan berkaitan ujian dalam kehidupan. guru beri contoh yang sesuai dengan murid. Anatranya nak dapat nombor 1 dalam kelas perlu banyak latih tubi, bertanya guru, beli buku latihan dan membuat latihan di rumah selain di sekolah barulah boleh berjaya dengan ilmu tambahan selain yang diberikan oleh guru di sekolah. Selain itu nak jadi pensyarah perlu dapatkan ijazah dahulu, kemudian master baru boleh menjadi pensyarah. Bukan senang-senang lahir ke dunia terus dapat jadi pensyarah. Cikgu kena pastikan murid paham bab itu.
2-Guru menunjukkan kepada murid Kotak Halangan. Guru memberi tunjuk ajar bagaimana Kotak halangan digunakan. Murid perlu menggunakan guli bermula dari laluan Mula. Murid perlu menggerakkan kotak halangan dan mencari laluan yang betul agar guli dapat melalui dengan lancar dan tidak berjumpa halangan sehingga guli berjaya menemui jalan tamat.
3-Guru membuat 2 kumpulan bagi lelaki dan perempuan. Murid membuat aktiviti dengan arahan guru. Murid bergilir-gilir mencuba kotak halangan secara berpasangan.













Read More...