15.5.17

PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

 Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semuanya sihat-sihat.

Hari ini disekolah cikgu laksana aktiviti dadah iaitu Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Alhamdulillah selesai. Kali ini saja kami pakai topeng tengkorak. Hihihi.. takda gimik yang gah. Jadi cikgu pilih patung tengkorak untuk beri daya tarikan pelancaran kali ini. Untuk gimik pelancaran pula tulisan cikgu guna lilin dan pentadbir akan berus cat diatas tulisan dan tulisan itu muncul.

Aktiviti pertandingan sepanjang minggu antidadah ini:
-pertandingan mewarna
-pertandingan sajak
-pertandingan menulis esei
-pertandingan kuiz
-pameran anti dadah

Pertandingan dijalankan selama seminggu. Moga terlaksana dengan baik seperti tahun-tahun yang lepas.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan