15.5.17

Meeting Program Jalinan Kasih GBK SR Kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Hari ini GBK SR Kota Tinggi adakan meeting di sekolah cikgu. Kami berbincang tentang aktiviti Jalinan Kasih yang akan GBK SR buat di beberapa sekolah kurang murid (SKM). Aktiviti jalinan kasih sudah bermula pada 2015 lagi dan disambung ke tahun ini.

Untuk tahun 2017 kami pecahkan GBK SR kepada 2 kumpulan iaitu zon bandar dan zon air tawar. Setiap kumpulan akan pergi ke 3 buah sekolah. Bermakna untuk tahun ini kami akan laksanakan program jalinan kasih ke 6 sekolah.

Agenda meeting hari ini:
-Perbincangan pemilihan modul dan pembuat modul
-Agihan kumpulan dan pelaksana modul ikut kumpulan 1 dan 2
-penerangan dam kerjaya yang akan digunakan oleh GBKSR Kota Tinggi dalm modul kerjaya.

Selepas ini akan ada meeting ke 2 bagi menguatkan modul dan membuat aktiviti terus bagi memudahkan fasi-fasi dalam program jalinan kasih nanti.

Moga objektif kami untuk membantu sekolah kurang murid tercapai.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan