15.5.17

Modul Bimbingan Kesejahteraan Metal-Buku Emosi Comel Saya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah moga kita terus sihat dan dapat beramal ibadah dengan baik.

Hari ini cikgu laksana bimbingan bersama murid  kelas 6 Arif. Sebelum ini ada beberapa aktiviti bimbingan melibatkan emosi bersama kelas ini. jadinya hari ini kemuncaknya cikgu minta murid hasilkan sesuatu yang berkaitan dengan emosi iaitu BUKU EMOSI COMEL SAYA.

Berdasarkan bimbingan emosi yang cikgu dah buat sebelum ini bersama mereka, hari ini cikgu minta murid hasilkan wajah-wajah emosi yang mereka masih ingat dan jadikan sebuah buku kecil yang comel. Buku ini kelak boleh digunapakai oleh adik-adik mereka.

Alhamdulillah murid-murid cikgu masih ingat pelbagai wajah emosi dan nama emosi tersebut. Bila dah siap cikgu bantu stapler dan lekatkan soletep bagi cantik. Setiap murid hasilkan 1 buku comel.















Read More...

Buku Laporan Perjumpaan kelab kaunseling & Rakan Sebaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah didoakan anda semua sihat.

Ni nak tunjuk buku laporan perjumpaan kelab bimbingan dan kaunseling. Perjumpaan ni biasanya dibuat pada hari Rabu. Jam 1.00 hingga 2.00 petang. Buku ini perlu dibawa semasa sesi perjumpaan. Di isi dan diletakkan di bilik GPK KoKo. Tujuannya untuk memudahkan jika ada pemantauan.

Cikgu tulis tangan saja. Ambil beberapa gambar untuk dokumentasi dan kepilkan. Kira sehelai jelah. Laporan bawah ini ada 6 perjumpaan aktiviti dari bulan januari hingga 15 Mei 2017.






Read More...

Modul Bimbingan Kerjaya-Dam Kerjaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah syukur kerana kita ditemukan kembali di alam maya ini.

Hari ini cikgu buat bimbingan bersama murid-murid tahun 5 Arif. Cikgu pilih untuk buat bimbingan kerjaya seperti butiran di bawah:

Modul Bimbingan: Kerjaya
Tajuk : Dam Kerjaya + 50 Kad Soalan Kerjaya
Tahun: 5 Arif
Obketif: Murid didedahkan dengan 50 jenis pekerjaan

Langkah:
1-Guru menghaparkan dam kerjaya.
2-Guru memberi penerangan aktiviti dam kerjaya kepada murid.
3-Guru bahagia beberapa kumpulan. 1 kumpulan 10 orang.
4-Guru meminta murid mencabut kad soalan secara laju. Minta murid baca soalan . Murid cari jawapan dengan bergerak bermula dari petak 1 hingga menemui jawapan pekerjaan yang dimaksudkan oleh kad soalan.
5-Murid bergilir-gilir mencabut kad soalan.
6-Apabila 10 orang selesai. Murid yang sama akan mencabut kad lain hingga 10 orang murid mendapat 50 pekerjaan.
7-Gilirkan pula kepada kumpulan lain hingga selesai.
8-Dalam masa yang sama guru memainkan peranan dengan push murid menggunakan peneguhan-peneguhan seperti  "Adakah betul awak berdiri di petak no 8? sesiapa sahaja boleh jual bunga, apa pekerjaan yang sesuai? pekerjaan ini mesti mahir dalam matematik" dan lain-lain sambil didengar oleh kumpulan lain.
9-Bila sudah selesaikan rasionalkan aktiviti dan objektif yang hendak dicapai.






Read More...

50 Kad Soalan Kerjaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Harini cikgu curi masa sedikit untuk bina 50 Kad Soalan Kerjaya. Sebenarnya kad soalan ini digunakan dalam Dam Kerjaya yang cikgu cipta.

Alhamdulillah siap juga. Mudah nak guna dengan adanya kad yang berbentuk begini. Jika sebelum ini cikgu hanya buat guna kertas A4 putih biasa. Ini cikgu print atas kertas tebal. Dan letak dalam plastik kedap udara.



Read More...

Meeting Program Jalinan Kasih GBK SR Kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Hari ini GBK SR Kota Tinggi adakan meeting di sekolah cikgu. Kami berbincang tentang aktiviti Jalinan Kasih yang akan GBK SR buat di beberapa sekolah kurang murid (SKM). Aktiviti jalinan kasih sudah bermula pada 2015 lagi dan disambung ke tahun ini.

Untuk tahun 2017 kami pecahkan GBK SR kepada 2 kumpulan iaitu zon bandar dan zon air tawar. Setiap kumpulan akan pergi ke 3 buah sekolah. Bermakna untuk tahun ini kami akan laksanakan program jalinan kasih ke 6 sekolah.

Agenda meeting hari ini:
-Perbincangan pemilihan modul dan pembuat modul
-Agihan kumpulan dan pelaksana modul ikut kumpulan 1 dan 2
-penerangan dam kerjaya yang akan digunakan oleh GBKSR Kota Tinggi dalm modul kerjaya.

Selepas ini akan ada meeting ke 2 bagi menguatkan modul dan membuat aktiviti terus bagi memudahkan fasi-fasi dalam program jalinan kasih nanti.

Moga objektif kami untuk membantu sekolah kurang murid tercapai.







Read More...

Pameran Minggu Anti Dadah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. 

Alhamdulillah. Keinginan yang kuat untuk buat pameran anti dadah terlaksana bermula hari ini rabu hingga khamis. Ini merupakan tahun ke 3 kami buat pameran sendiri.Bahan-bahan pameran hasil mengumpul beberapa tahun sudah. Minggu ini seminggu diberi masa laksana pertandingan2 anti dadah. Ahad ini penutupan. Ramai pengunjung mai pameran kami. Ada yang menyalin nota untuk pertandingan esei,melihat gambar2, mencuba patung tengkorak, melihat arca rokok,membaca buku , pamplet dan nota perihal dadah. Syukur terlaksana sudah. Pentadbir turut gembira.






Read More...

PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

 Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semuanya sihat-sihat.

Hari ini disekolah cikgu laksana aktiviti dadah iaitu Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Alhamdulillah selesai. Kali ini saja kami pakai topeng tengkorak. Hihihi.. takda gimik yang gah. Jadi cikgu pilih patung tengkorak untuk beri daya tarikan pelancaran kali ini. Untuk gimik pelancaran pula tulisan cikgu guna lilin dan pentadbir akan berus cat diatas tulisan dan tulisan itu muncul.

Aktiviti pertandingan sepanjang minggu antidadah ini:
-pertandingan mewarna
-pertandingan sajak
-pertandingan menulis esei
-pertandingan kuiz
-pameran anti dadah

Pertandingan dijalankan selama seminggu. Moga terlaksana dengan baik seperti tahun-tahun yang lepas.









Read More...