8.4.17

Borang Birthday Flourish Of SKBM

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu doakan kita semua berada di bawah payung rahmat dari-Nya.

Oh ya, cikgu dah edarkan borang kepada murid, guru, staf-staf sekolah, pekerja kantin, dan pengawal keselamatan. Mereka boleh isi. Borang ni yang cikgu belum edit, yang betulnya ada bulan kelahiran januari hingga april.

Cikgu panggil murid terlibat sebanyak 2 kali. Pertama untuk maklumkan tentang program ini dan kedua ingatkan balik tarikh majlis. Cikgu tak heboh-hebohkan pada ibu bapa pun sebenarnya. Cikgu gunakan murid sebagai perantara. Di borang cikgu dah sertakan maklumat lengkap dan tinggalkan no hp cikgu. Memang ada penjaga yang mesej bertanya. Alhamdulillah.

Borang cikgu edar pada setiap guru kelas. Nanti murid serahkan semula pada guru kelas dan beri kepada cikgu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan