8.4.17

Modul Bimbingan Kerjaya- Dunia Chef

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi.

Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas 4 Arif. Cikgu pilih bimbingan kerjaya. Sebelum masuk ke kelas tadi cikgu siapkan dulu topi chef. Hari ini cikgu nak jadi chef. Tak percaya ke?

Modul Bimbingan: Kerjaya
Tajuk: Dunia Chef
kelas: 4 Arif
Objektif: Murid didedahkan dengan pekerjaan sebagai seorang Chef.


Langkah:
1-Guru masuk ke kelas dengan memakai topi chef.
2-Guru bertanya apakah pekerjaan yang dapat digambarkan oleh murid kepada cikgu dengan memakai topi itu.
3-Guru edar kertas pada murid dan minta murid hasilkan topi chef.
4-Setelah siap minta murid pakai topi chef
5-Panggil murid untuk ke hadapan . Murid pusingkan roda dan apabila jarum berhenti ada soalan di atas roda. Minta murid jawab soalan tersebut. Contohnya jarum berhenti di TEMPAT. jadi murid kena jawab tempat bekerja bagi seorang chef.
6-panggil dalam 10 orang murid untuk buat roda kerjaya ini.








Read More...

Modul Bimbingan Akademik- Jom Atasi Cabaran/Rintangan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu doakan pembaca semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Hari ini cikgu laksana bimbingan bersama murid kelas 6 Bestari.

Modul Bimbingan : Akademik
Tajuk : Jom Atasi Cabaran / Rintangan
Objektif : Murid berupaya menghadapi risiko
Kelas 6 Bestari


Langkah:
1-Guru bercerita tentang ketakutan. Takut pada sesuatu seperti binatang, bulu, tempat tinggi, kegelapan, bunyi. Juga takut nak beri jawapan atau pegang amanah yang diberi dalam kerja. 
2-Guru bersoal jawab dengan murid 
   adakah murid berani?
   adakah murid takut pada ujian/halangan?
3-Guru cuba mencabar murid. Agar sedia dan tekadkan diri untuk tidak takut. 
4-Guru Arahkan setiap orang murid datang ke hadapan untuk masukkan pedang kedalam tong. Pedang yang mencucuk tong yang gagal bilamana objek patung itu melompat keluar. Murid yang gagal itu akan didenda dan dendanya akan diarahkan oleh rakan-rakan kelas. contohnya menyanyi. 
4-Di sini guru perlu mengasak murid dengan soalan-soalan negatif dan soalan peneguhan potif ketika murid mencucuk pedang. Lakukan sebanyak 5 kali pusingan.
5-Buat rumusan.



Read More...

Rantaian Nota Siap!

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sihat tak? Alhamdulillah. Moga hari ini lebih baik.

Harini siapkan 5 Rantaian Nota bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Jadi boleh laksana kemahiran mengingat dalam kelas bimbingan pada bila-bila masa dan dimana juga. cewahhh.


Read More...

Board Unit Bimbingan Kaunseling bertema dwifungsi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semua berada dibawah lindungan dariNya, Sedang buat apa tu? Hari ini cikgu ada 1 tugasan.

Dah siap update bagi muka baru kat papan kenyataan unit kaunseling. Alhamdulillah separuh hari siapkan. Tema baru, murid boleh gunapakai dan kongsi bersama papan kenyataan kaunseling ini kerana setiap sudut dibuat untuk kegunaan murid. Adanya permainan Roda Kerjaya, Emotion Box, Tarik Undur Emosi, Kad Personaliti, Noted Skill Study dari Hasilan Murid






Read More...

Modul Bimbingan Kerjaya-Peta Maklumat Kerjaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih boleh bersemuka di alam maya.

Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas 6 Cerdas. Cikgu buat bimbingan kerjaya. Nak tahu tahap pengetahuan murid. Berapa banyak pekerjaan yang mereka tahu.

Modul Bimbingan : Kerjaya
Tajuk : Peta Maklumat Kerjaya
Tahun: 6 cerdas

Objektif: Murid didedahkan dengan pelbagai jenis pekerjaan

Langkah:
1-Guru hanya menyebut tentang 2,3 pekerjaan sahaja. 
2-Guru bersoal jawab dengan murid. Berapa ramai yang tahu nama-nama pekerjaan.
3-Guru edar Peta maklumat Kerjaya. dua orang murid untuk 1 borang. 
4-Guru minta murid baca peraturan yang ada di dalam Peta maklumat kerjaya tu. 
5-Guru minta murid berbincang dengan rakan berdua nama pekerjaan beruniform dan tidak beruniform. Masa diberi 30 minit. 
6-Setelah siap minta murid bagi setiap pasangan itu berdiri dan baca nama-nama pekerjaan yang mereka tulis. Berlaku perbincangan. 
7-Rumusan.




Read More...

Modul Bimbingan Kerjaya (Patung Kerjaya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini?

Harini tak berapa sihat, kelas bimbingan dapat buat yang mudah-mudah je sebab sakit tekak,kepala pun sakit. 
Modul Bimbingan =Kerjaya
Tajuk=Patung Kerjaya
Tahun=2 cerdas
Objektif=Murid mampu menerangkan nama pekerjaan dan tempat berkerja.


Langkah:
1-Guru masuk ke kelas sambil menyanyi lagu anak itik tok ya:
                                   Anak itik tok ya
                                   Mandi dalam kolah
                                   Apa pekerjaan saya
                                   Cubalah kamu teka
2-Bersoal jawab dengan murid dalam 5 minit. Tanya pekerjaan cikgu apa namanya... cikgu bekerja di mana....
3-Guru edarkan sorang satu patung kerjaya kepada murid.
4-Guru beri masa 10 minit untuk murid fikir nama pekerjaan dan tempat bekerja. 
5-Minta murid keluar ke hadapan kelas tunjuk kepada rakan-rakan patung yang mereka ada dan sebut nama pekerjaan dan tempat bekerja. 
6-Ulang hingga habis semua murid ke hadapan. 





Read More...

Modul Akademik -Galah Panjang Target Akademik

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah, moga kita semua terus sihat ya.

Hari ini cikgu laksanakan kelas bimbingan bersama anak-anak tahun 6 Arif. Seronok tau! Biasa kan kita terangkan pada murid lepas UPSR ambil PT3, kemudian SPM, kemudian STPM/Matrikulasi/Kolej, kemudian U...nak bagi terang lagi dan nak murid buat pilihan sendiri tahap mana mereka mahu.

Sebab ada yang lepas SPM terus kerja, tak mahu belajar, ada yang habis PT3 pun tak nak sambung belajar nak ambil kemahiran. Kan ada sekarang kemahiran yang lepas PT3 pun diterima. Jadi cikgu fikirkan permainan yang murid boleh laksana dan pilih tahap mana mereka mahu. Sudah pasti ada halangan nak capai impian mereka tu. Dan yang sesuai ialah main belon acah atau orang panggil juga galah panjang.

Modul Bimbingan. : Akademik
Tajuk : Galah Panjang Target Akademik
Kelas : 6 Arif
Objektif: Murid mampu merancang/memikirkan hala tuju masa depan 
Murid sedar wujudnya halangan dalam mencapai kejayaan


Langkah:
1-Murid dibahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan.
2-Guru menerangkan tahap-tahap akademik iaitu dari UPSR ambil PT3, kemudian SPM, kemudian STPM/Matrikulasi/Kolej, kemudian U. Guru juga kaitkan kehidupan sesaorang ada pilihan. Perlu pilih untuk meneruskan kehidupan. Pilihan ditangan sendiri. Dan jangan lupa kaitkan ujian/halangan pasti ada bila nak capai dan kejar impian.
3-Beri penerangan cara bermain galah panjang. Murid perlu pilih tahap mana mereka mahu contohnya nak ke Universiti jadi mereka perlu melalui dan melepasi halangan hingga berjaya sampai ke petak U. Jika tak berjaya dan gagal pada kotak tertentu mereka perlu duduk sahaja di kotak tersebut.
4-Dulukan murid lelaki, panggil 5-6 murid lelaki dan pakaian / gantungkan perkataan seperti di gambar.Susun kedudukan murid di petak galah panjang bermula dari bawah ke atas.
5-Bila selesai pelajar lelaki akan bermain belon acah seperti biasa.
6-Gilirkan pula murid perempuan
7-Buat rumusan dan rasionalkan murid.







Read More...

Kelab Bimbingan Kaunseling-Aktiviti Amal Bersihkan Tanah Perkuburan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu, alhamdulillah kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk beramal ibadah dan melakukan perkara yang lebih baik.

Hari jumaat yang mulia, hari ini bersama anak-anak kelab bimbingan kaunseling laksana aktiviti bersihkan kawasan perkuburan. Alhamdulillah selesai aktiviti wajib kelab setiap tahun. Terima kasih anak-anak cikgu yang sentiasa memberi komitmen tinggi. Ahad ni harap sedia untuk bersama-sama dalam pelancaran minggu anti dadah

















Read More...

Kelab Bimbingan Kaunseling dalam Flourish Birthday

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. harap sihat ya semua.

Gud act! Anak2 kelab Bimbingan Kaunseling. 

Tugasan anda dalam Flourish Birthdayberjaya dilaksanakan. Terima kasih membantu agihan penanda buku,coklat dan muffin. Komitmen yang diberi sangat cikgu hargai. 

Next projek sempena minggu anti dadah menanti ahli kelab PRS juga. 

Read More...

Fiesta Birthday Flourish Of SKBM Fasa 1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah sejuta kali, FlourishBirthday untuk meraikan 171 orang anak-anak murid dan 18 orang yg terdiri dari ,guru,staff,pekerja swasta,security,pekerja kantin yang lahir bulan Jan-April terlaksana sudah bagi fasa 1. Keseronokan anak-anak kebahagiaan kami. 100 kek / muffin / pulut kuning disumbangkan oleh penjaga/guru/pekerja. Semua warga sekolah menikmati kek dengan gembira. Sampai berlebih-lebih kek, cikgu beri murid makan banyak kek hari ini.Sorang murid boleh dapat 3 pcs kek. 

SEKOLAH PENYAYANG
GURU PENYAYANG
MURID PENYAYANG


       





Read More...

Borang Birthday Flourish Of SKBM

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu doakan kita semua berada di bawah payung rahmat dari-Nya.

Oh ya, cikgu dah edarkan borang kepada murid, guru, staf-staf sekolah, pekerja kantin, dan pengawal keselamatan. Mereka boleh isi. Borang ni yang cikgu belum edit, yang betulnya ada bulan kelahiran januari hingga april.

Cikgu panggil murid terlibat sebanyak 2 kali. Pertama untuk maklumkan tentang program ini dan kedua ingatkan balik tarikh majlis. Cikgu tak heboh-hebohkan pada ibu bapa pun sebenarnya. Cikgu gunakan murid sebagai perantara. Di borang cikgu dah sertakan maklumat lengkap dan tinggalkan no hp cikgu. Memang ada penjaga yang mesej bertanya. Alhamdulillah.

Borang cikgu edar pada setiap guru kelas. Nanti murid serahkan semula pada guru kelas dan beri kepada cikgu.

Read More...