8.2.17

Modul Psikososial(Positif Ambik,Negatif Buang)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Anda sihat? senyum-senyum selalu. Ok hari ni cikgu laksana bimbingan di kelas.

Modul Bimbingan : Psikososial
Tajuk: Positif Ambik,Negatif Buang
Tahun : 6 Bestari

Bahan : Mangkuk polisterin, pen/pensil/pensil warna
Objektif :    -Murid memahami istilah "menerima tanpa syarat"
                   -Menyemai perasaan hormat pada pandangan orang lain 
Langkah: 

1-Guru bersedia dengan bahan-bahan iaitu mangkuk polisterin.
2-Guru membahagikan terlebih dahulu murid dengan membentuk kumpulan yang besar. Tujuannya mudah iaitu nak mangkuk itu berpusing tepat dan tiada yang tertinggal. Jika ada 27 orang murid maka 26 orang akan menulis(tolak diri sendiri).
3-Guru mengedarkan mangkuk kepada semua murid.
4-Barulah guru menerangkan objektif aktiviti bimbingan hari ini. Terangkan pada murid fungsi mangkuk tersebut. Bahagian dalam mangkuk murid perlu tulis sikap yang positif dan luar mangkuk murid perlu tulis sikap negatif.
5-Minta murid jujur dan tulis yang benar kerana tiada sesiapa yang tahu siapa yang tulis memandangkan mangkuk akan berpusing 26 kali. 

6-Guru minta murid tulis nama mereka di dalam mangkuk bahagian tengah. Jadi apabila murid menerima mangkuk rakan, perkara pertama yang perlu mereka buat ialah lihat nama dahulu. Kemudian baru fikir untuk menulis positif dan negatif.
7-Guru bertindak memastikan perjalanan lancar dengan mengatakan "NEXT" untuk murid memberi mangkuk kepada rakan sebelah dan menerima mangkuk dari rakan sebelah. Guru mulakan dengan pergerakan ke kanan. Hingga selesai bermaksud murid itu akan menerima mangkuk nama mereka sendiri.
8-Setelah selesai, guru minta murid membaca komen rakan-rakan mereka. Guru rasionalkan murid dengan objektif aktiviti ini kembali. 





Read More...

6.2.17

Modul Sahsiah Diri (Penyucian Hati)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pemvbaca blog cikgu. Hari ini sangat panas. Doakan ya di sini hujan. Ok, kali ini cikgu nak kongsikan slot bimbingan cikgu bersama anak-anak cikgu yang cun dan hensem ini.

Modul Bimbingan: Sahsiah diri
Tajuk : Penyucian Hati
Tahun: 6 Arif

Bahan: Besen kecil, Air, mangkuk polisterin
Objektif: Murid berasa insaf dan bersunguh-sungguh menjadi orang yang baru
Langkah:
1-Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan
2-Setiap kumpulan akan dapat 1 besen dan mangkuk polisterin bagi semua ahli. minta wakil kumpulan untuk ambil air di dalam besen.
3-Dalam kumpulan, minta setiap ahli masukkan air kedalam mangkuk polisterin.
4-Guru minta murid ubah mind set. Anggap air dihadapan itu air bersih, suci,dan tiada kotoran. Setkan dalam minda agar jadikan hati mereka sejernih dan seputih air itu.
5-Guru mulakan dengan doa. Guru berdoa untuk murid dihadapannya dan diaminkan oleh murid.
                                                           Ya Allah ya rahman ya Rahim
                                                            Jadikanlah anak-anak dihadapanku ini
                                                             Anak yang melembutkan hati ibu bapanya
                                                             Hiasilah akhlak anak-anak ini
                                                             Dengan peribadi mulia
                                                             lapangkan minda dan hatinya
                                                             Cemerlangkan akademiknya
                                                             Aku bermohon dengan sesungguh hati............
6-Guru minta murid berdoa, berkata-kata di dalam hati, berbisik di hadapan air itu. (harapan, keinginan, impian)
7-Setelah selesai, minta murid membasuh muka dengan air tersebut dengan harapan kesegaran air itu seperti cahaya baru buat mereka.
8-Kembali rasionalkan murid.
                                                                              Gambar



Read More...

Modul Psikososial & Kesejahteraan Mental (Kasih Sayang Itu Indah Kawan!)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? moga kita semua sihat. hari ni cikgu nak kongsi slot bimbingan dengan anak-anak syurga cikgu. Cikgu nak semai rasa berkasih sayang, terap nilai kasih sayang sebenar dalam persahabatan. Jika kita sayang kawan kita, kita perlu/mesti/patut/ tegur,kritik,beri penghargaan,sokongan,dorongan pada kawan. Lagi-lagi kawan sekelas.

Modul Bimbingan: Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Kasih Sayang Itu Indah Kawan!
Tahun: 6 Arif

Bahan: Tiada
Objektif: Menyemai rasa kasih sayang sesama kawan
Langkah-langkah:
1-Guru terlebih dahulu menyusun murid berpasangan. Murid saling berhadapan. 
2-Guru memberi penerangan erti berkasih sayang sesama insan. Makna sebenar berkasih sayang dalam sesebuah hubungan persahabatan. 
3-Guru bertanya pada murid apa yang mereka harus lakukan jika sayangkan rakan mereka.  (Bersoal jawab dengan murid)
4-Guru bahagi kepada barisan kanan dan kiri. Apabila guru berkata kanan, maka orang kanan akan bercakap. Dia boleh "membebel" apa sahaja kepada rakan dihadapannya. Sama ada nak kritik, nak tegur, nak beri kata-kata dorongan semua boleh. Dan rakan dihadapan perlu senyap dan mendengar kawannya bercakap. 
5-Setelah selesai, guru pintu orang kiri(dihadapan ) mengangkat tangan untuk baca ikrar serentak. Ikrar dibaca oleh guru dan murid mengikut. 
                                      Kawan,
                                      Terima kasih menegur aku
                                      Kawan
                                      Terima kasih memberi dorongan pada aku
                                      Aku berjanji
                                      Akan menjadi kawan kamu
                                      Selamanya
                                      i Love U.
6-Kemudian lakukan pula pada orang kiri. orang kiri membebel dan orang kanan mendengar. kemudian orang kanan mengangkat ikrar.
7-Setelah seselasi, rasionalkan semula. Tekankan konsep redha, ikhlas dan jika sayang kawan, mestilah membantu kawan dengan menegur dan meberi dorongan.
8- Pinta murid memeluk kawan dihadapan mereka dengan erat. 

                                                                   Gambar:



Read More...

1.2.17

IKRAR Jom Ke Sekolah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semua sihat ya.

Cikgu sedang menyusun atur Program Ahad ini. Perhimpunan Khas iaitu Pelancaran Program Jom Ke Sekolah. Aturcara sudah dikeluarkan oleh PPD Kota Tinggi jadi cikgu ikut saja. Cuma cikgu selitkan bacaan ikrar murid berkaitan jom ke sekolah dan tambah pelancaran Bib Keluar Masuk Kelas. Nanti cikgu update ya.


Read More...