10.1.17

Modul Sahsiah Diri-Kenali Diri

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa Khabar? Harap semuanya sihat ya.

Hari ini cikgu buat bimbingan bersama murid kelas 4 Bestari. Tajuk yang cikgu berikan hari ini berkaitan dengan kenali diri. Kadang kita ni tak kenal diri kita sendiri. Kita rasa kita sudah hebat, sudah jadi murid yang disayangi oleh guru, disukai oleh kawan-kawan. Kita tak tahu penilaian dan anggapan rakan sekeliling pada kita.  Jadi fokus cikgu hari ini nak murid cikgu kenali diri mereka sendiri.

Modul : Sahsiah Diri
Tajuk : Kenali Diri
Sasaran : 4 Bestari
Objektif:   -Menyedarkan diri murid akan kekurangan dan kelemahan diri
                 -Memupuk sikap berlapang dada
                 -Murid berupaya mengenali dan memahami diri sendiri
Langkah:
1-Guru menerangkan  terlebih dahulu situasi murid di dalam kelas. Ada yang cantik tudungnya, ada yang pakai minyak rambut, ada yang berbau wangi. Cikgu juga menegur situasi yang tidak senang seperti murid yang banyak cakap, murid yang suka berjalan dalam kelas, murid yang suara kuat.
2-Guru menerangkan perbezaan bagi setiap murid. Dan cuba memahamkan murid yang diri kita ada kekurangan. Kebanyakan kekurangan itu dapat dilihat oleh orang disekeliling.
3-Guru mengedarkan kertas kuning kepada semua murid. dan minta murid menulis nama. Murid yang dapat kertas kawan lain perlu melihat nama rakan dan menulis tanggapan mereka kepada rakan. Guru seeloknya meminta murid menulis teguran. Agar murid tersebut dapat mengubah kelemahan diri mereka. Contohnya "cakap kuat sangat"
4-Murid akan mengedarkan kertas nama mereka di dalam kumpulan mereka terlebih dahulu. Jika dalam kumpulan ada 4 orang murid maka satu nama akan ditulis oleh 3 murid lain. Setelah selesai dalam kumpulan guru akan ambil dan tukarkan kepada kumpulan lain. Aktiviti ini berjalan sehingga selesai semua kumpulan. Jika dalam kelas ada 30 orang murid maka 1 nama akan ada 29 tulisan berbeza.
5-Setelah siap, guru mengambil semua kertas. Guru merasionalkan murid agar murid menerima apa sahaja yang ditulis oleh rakan sebagai satu pandangan ikhlas dan perlu bersikap berlapang dada dan bersedia untuk merubah.
6-Kemudian guru memanggil nama murid seorang demi seorang mengikut kertas.
7-Guru beri masa pada murid untuk membaca dan merenung maksud tersirat teguran rakan mereka. Di sini murid boleh saling berbincang dengan rakan bagaimana cara untuk mereka berubah.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan