15.1.17

Kursus Kepimpinan Pengawas

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini telah selesainya kursus kepimpinan di sekolah cikgu. Selaku penyelaras dan penggerak program saban tahun ni dah kira rutin wajib.

Untuk tahun ni cikgu rancang kursus kepimpinan nak buat di Pulada, tapi kekangan kewangan awal tahun ni terpaksa buat pilihan di sekolah. Sekolah kampong macam kami ni ginilah. Ada duit jalan takde duit pun jalan juga tapi tak dapatlah nak memandang ke langit selalu. Jadinya 13 Jan 2017 (Jumaat) telah terlaksananya kursus yang dirancang.

Ok lah, kursus kepimpinan ni cikgu bahagi kepada 2 slot. Slot pertama sesi ceramah dan energizer dan slot ke 2 praktikal. Sesiapa GBK sekolah rendah mahu kertas kerjanya boleh muat turun percuma sahaja di bawah ini.
                                                SILA MUAT TURUN

Mari lihat perjalanan kursus ini dengan melihat gambar-gambar di bawah.

NI CIKGU UPLOAD DALAM WASSUP RASMI SEKOLAH DAN FB UNTUK HEBAHAN

ENERGIZER
RILEKSASI MINDA KEJAP
PRAKTIKAL IKRAR DAN DOA
PRAKTIKAL SEBENAR MAJLIS RASMI
REHAT MENGISI PERUT

PERASMIAN KURSUS OLEH TUAN GURU BESAR






4 ulasan: