23.12.16

Slot motivasi terakhir- ohh sedihnya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? Moga sihat ya.
Hari ini cikgu laksanakan slot bimbingan dengan semua murid tahun 6. Mereka akan menamatkan sesi persekolahan mereka lagi 5 hari. Sedihnya cikgu.

Bimbingan Motivasi terakhir buat murid tahun 6. Lagi 5 hari saja dapat bersama mereka. Jaga diri baik-baik tika di sekolah menengah. Di mana saja kamu berada jangan lupa agama.

untuk aktiviti kali ini cikgu minta agar semua murid kosongkan minda, jiwa dan hati. Bermuhasabah. Cikgu mahu mereka tinggalkan sekolah ini dengan nama yang baik. Dan kenangan yang manis. 

Cikgu buat relaksasi minda. Lepas ni dah tak dapat kita buat bersama. Kemudian cikgu edarkan sehelai kertas dan minta mereka tulis nota kecil . Nota ditujukan kepada guru yang pernah mereka sakiti hatinya, pernah buat guru itu mengalirkan air mata. Permohonan maaf agar kehidupan mereka akan lebih tenang dan bahagia. 

Kemudian cikgu kumpul dan edarkan kepada guru-guru tersebut. Sambil minta guru itu berlapang dada memaafkan. Itu yang mampu cikgu lakukan untuk kamu.

Selamat menempoh alam remaja!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan