14.6.16

Bimbingan Ice Breaking (Cinderella)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Diharap semua sihat walafiat ya.

Hari ini cikgu nak kongsikan aktiviti ice breaking yang telah dibuat. Nama ice breaking ini ialah Cinderella.

OBJEKTIF:
1-Menyemai rasa sayangi diri Dan rakan-rakan
2-Mendidik murid untuk membantu rakan lain Dan tidak mementingkan diri.
LANGKAH:
1-Murid berbaris dalam kumpulan.
2-Edarkan sehelai kertas A4 pada setiap murid. Juga marker pen.
3-Minta murid lukis lakaran wajah sendiri yang paling handsome Dan CUN.
4-Bila dah siap,minta murid letak kertas lukisan ditengah2 Dan murid buat 1 bulatan besar.
5-Minta murid membelakangi bulatan.
6-Fasi akan kecah-kecahkan lukisan. Pastikan lukisan bercampur lelaki Dan perempuan. Ambik 4 lukisan Dan sembunyikan.
7-kemudian murid kembali berpusing Dan berhadapan.
8-Bagi murid Masa untuk berlari2 ambil lukisan masing2.
9-Murid yang tidak dapat lukisan perlu berada ditengah2 bulatan.
10-fasi akan soal seorang2 sama ada lukisan mereka yang hilang berada bersama rakan lain.
11-Soal juga perasaan murid tersebut apabila lukisan mereka hilang.
12-rasionalkan balik Dan soal pengajaran yang mereka semua perolehi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan