25.4.16

Modul Pengurusan Mental-Emosi (emosi saya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Harini cikgu Laksana bimbingan Bidang psikososial Dan pengurusan mental , Tema EMOSI tajuk EMOSI SAYA di Kelas 2 Arif.

Objektif:
1-Murid mengetahui bentuk-bentuk wajah emosi
2-Murid mampu menzahirkan emosi wajah sendiri

LANGKAH-LANGKAH:
1-Guru bersoal jawab dengan murid nama-nama emosi yang mereka ketahui seperti sedih, gembira,penat, marah,menangis dan lain-lain. 
2-Guru melukis dan minta murid jawab emosi apa yang sesuai dengan lakaran

3-Guru meminta murid melakar emosi wajah mereka sendiri. hanya 1 emosi. lakaran emosi mesti memilih emosi pada waktu itu. 
4- Oh ya, cikgu beri Ganjaran kepada murid yang buat dengan baik!
5-Lukisan dibuat di dalam  buku 1 BUKU 1000 MOTIVASI

















Read More...

Lawatan Kerjaya Dan Pameran Kerjaya Kelab Bimbingan Dan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? 

Haa nak cerita ni, aktiviti kelab bimbingan dan kaunseling. Saya bawa murid melawat TLDM Tg Pengelih, Kota tinggi. Kebetulan masa tu KD Sultan Ismail buat sambutan . Ada pameran kerjaya, ada buka lawatan kapal, ada derma darah, dan banyak lagi.

Saya ambil peluang untuk bawa murid dari kelab bimbingan dan kaunseling bagi mengenal kerjaya TLDM ni. Murid-murid memang seronok sangat. Ada 3 kapal dan 1 helikopter. Jenuhlah keluar masuk kapal. 

Aktiviti kelab lepas ini ialah bersihkan kawasan perkuburan. 















Read More...

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR 5 DOMAIN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ni? Moga sihat ya.

Hari ini cikgu fokus pada tahun 6. Cikgu laksana Kursus Kemahiran Belajar 5 Domain. Dengan kerjasama GBK dari SMK Lokman Hakim iaitu Cikgu Siti Nazra yang juga merupakan cikgu kepada cikgu ketika sekolah menengah dulu. Ini kira murid dan guru juga ni.

Ambil kesempatan untuk berguru dengan cikgu Nazra tentang kemahiran belajar 5 domain ni. Cikgu Nazra dah pi kursus ni, cikgu pula masa tu ada kekangan jadi tak dapat hadirkan diri. Cikgu panggil cikgu Nazra untuk berkongsi dengan murid dan cikgu juga. Bolehlah lepas ni cikgu praktice dengan murid cikgu pula.

Cikgu juga ada beli buku yang dihasilkan oleh pensyarah dari UPSI yang juga merupakan individu yang telah membina modul ini.










Read More...

Projek Banner, Banting Dekorasi Luar Bilik Bimbingan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Alhamdulillah siap design Dan cetak. Tinggal tampal. Pertama kali saya cetak banner. Selama 6 tahun jadi Guru Bimbingan Dan kaunseling tak pernah sekali saya oder banner. Biasa saya suka print tulisan Dan tampal di dewan atau Kain putih saya lukis huruf Dan cat warna. Hal-hal renyah inilah yang saya suka buat.

Tapi untuk tahun ini saya bekorban sedikit nampaknya. hahaha... Bila dah siap cetak rasa puas hati sangat. Bolehlah lepas ni kita pasang di sekitar bilik bimbingan ye. 











Read More...

Pelancaran Adokasi Linus 2.0

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Hari tu kita telah buat perjumpaan bersama Advisory Mentor yang terpilih di dalam program ini. Jadi hari ini secara eksklusifnya telah diadakan Majlis Pelancaran Program Advokasi Linus2.0.

Semoga program ini berjaya dengan dibantu guru-guru kecil ini. Semoga juga anak-anak linus kita berjaya membaca dan mengira dengan baik. Sifar Linus Tegar!





Read More...

Kad Mesra Mentor Mentee Tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? Harap semua sihat dan berada di bawah lindungan-Nya. Aminn.

Kad Mesra Mentor Mentee akan dilancarkan khamis ni. Guna kertas tebal 150mg. Fungsinya mentor perlu tandatangan setiap Kali sesi mesra. Bebila Masa kita boleh cek kad2 murid. Ni untuk tahun 6 saja.



Read More...

Cerita Tentang Carta Organisasi Bimbingan Dan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.
Cikgu nak kongsi sesuatu hari ni. Tentang carta di bilik bimbingan. Pasti carta cikgu-cikgu semua lawa kan. Dan kemas. Juga senang untuk dilihat. 

Saya nak ceriat yang saya ni buat carta sendiri saja. Maksudnya selama 6 tahun ni carta organisasi bimbingan kaunseling saya buat dalam word, print dan tampal di dinding. Nak moden sikit bubuh gambar. Hihihi... Memang tak pernahlah tempah carta organisasi yang canggih-canggih tu sebab masa tu duit banyak pakai ke arah lain. Dan saya masa tu belum pandai susun atur duit sangat. hihi.


Carta organisasi unit bimbingan Dan kaunseling juga carta kelab bimbingan Dan kaunseling saya letak luar. Sebab 3 tahun lepas saya pernah ditegur oleh JPN kerana carta buatan tangan saya dahla kecik,letak Kat ruang tamu sape nak tngok. Tahun ni carta saya bubuh kat pintu. Kena gelak dek orang je ...Selamat tinggal carta lama2 Ku. Ishhh sedih pula





Read More...