24.8.15

Modul Bimbingan Akademik-AKU SEORANG PELAJAR SATRIA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)


Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar?

Hari ini dan mungkin dalam tempoh lagi 16 hari nak UPSR cikgu akan sentiasa masuk ke kelas tahun 6. Cikgu biasa minta pada guru yang mengajar pada waktu itu untuk ambil 15 minit masa. Sekarang ini gerak gempur sedang berjalan. Jadi cikgu guna ruang ini untuk berjumpa murid tahun 6. Untuk hari ini cikgu masuk kekelas 6 Arif dahulu.

Niat cikgu hanya mahu semangat mereka tidak putus!
Cikgu cuba sedaya upaya membakar dan menaikkan lagi semangat mereka

Objektif:
1-Menyemai dalam diri murid semangat untuk berjaya

Bahan:
1-Helaian Ikrar

Langkah:
1- Guru cuba membakar semangat murid dengan laungan YAKIN BOLEH! SAYA HEBAT! YES,YES I CAN DO IT! K
2-Guru mengedarkan helaian ikrar.
3-Minta murid berdiri sambil mengangkat tangan dan membaca ikrar. Boleh juga dibuat dalam kumpulan-kumpulan.
4-Setelah habis baca ikrar guru boleh tambah ayat lain. Contohnya DENGAN INI SAYA BERJANJI AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR





Tiada ulasan:

Catat Ulasan