28.8.15

Motivasi Pemulihan Emosi Murid UPSR di SK Muzaffar Syah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? cikgu doakan semua sihat walafiat da berada dibwah rahmat Allah hendaknya.

Alhamdulillah cikgu diundang hari ini ke SK Muzaffar Syah. Sekolah hebat ni! Guru besarnya hebat! guru-gurunya juga hebat!

Cikgu diminta untuk membantu murid-murid tahun 6 dalam Slot Pemulihan Emosi memandangkan lagi 11 hari saja nak UPSR. Insya-Allah cikgu bantu yang termampu. Terima kasih juga kerana mempercayai cikgu.

Berikut ialah slot perincian yang cikgu buat selama 3 jam ini bermula 8.30 am hingga 11.30 am.

Slot Pengenalan
-Relaksasi Minda
-Agogo Dance

Slot Pertengahan
-Aku Pelajar Satria

Slot Peleraian
-Toys Therapy (Bimbingan Kelompok)
-Kolam Jiwa












Read More...

27.8.15

Kursus Apa Yang Kamu Mahu?? (Program Lepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semua sihat ya. Lagi 12 hari nak UPSR. Cikgu pun sedang fikir dan rancang program yang bersesuai untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja Program Selepas UPSR.

Sekarang cikgu masih fikirkan kursus berbentuk kemahiran apa yang nak diberi pada anak-anak tahun 6 cikgu ini. Cikgu biasa bekerjasama dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar. Alhamdulillah sudah 4 tahun kami bekerjsama.

Cikgu imbas balik kursus kemahiran yang pernah cikgu pohon dan berjaya dilaksanakan untuk anak-anak tahun 6 ini.
-kemahiran buat coklat
-kemahiran buat pizza
-kemahiran komputer
-kemahiran berenang
-membuat kraft dari bahan terbuang
-kemahiran melukis

Cikgu tak mahu berikan kursus kemahiran yang sama setiap tahun. Jadinya cikgu berjumpa dengan murid tahun 6 dan minta mereka tulis kemahiran apa yang mereka mahukan. Cikgu akan saring dan pilih kemahiran yang cikgu rasa sesuai, bertepatan dengan umur mereka dan mereka dapat serap ilmu kemahiran tersebut.



Read More...

24.8.15

Lawatan Kelab Bimbingan Dan Kaunseling Ke Kuala Lumpur

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah. Dalam agenda takwim kelab bimbingan dan kaunseling ada cikgu selitkan program lawatan.

Kelab bimbingan kaunseling dengan kerjasama Pra Sekolah bersama-sama dalam program lawatan ke kuala lumpur ini.

Cikgu bawa ahli kelab dalam rombongan kali ini. Mungkin tahun depan kita boleh pergi jauh sedikit ya. Moga pengalaman  ini memberikan ilmu pengetahuan buat anak-anak kelab cikgu.




Read More...

Sambutan Hari Raya Kelab Bimbingan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

SELAMAT HARI RAYA
DARI KAMI
KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR MAS

Alhamdulillah, Kelab Bimbingan dan kaunseling telah berjaya membuat jamuan raya bersama-sama pihak sekolah juga ibu bapa. Alhamdulillah sekali lagi. Tahun pertama penubuhan kelab bimbingan kaunseling di SK Bandar Mas ini.

Banyak yang ahli-ahli kelab cipta moment indah bersama cikgu . Selamat hari raya anak-anak. Dapat juga berikan duit raya pada semua ahli kelab.

Moga tahun depan kita berjumpa lagi ya. Seronok cikgu dengan kamu semua.





Read More...

Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling dan Amalan Terbaik Daerah Kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu doakan kita semua sentiasa berada dibawah lindungan dari Allah hendaknya.

Hari ini cikgu dapat berjumpa dengan semua rakan sahabat MGKK Daerah Kota Tinggi. Kami hari ini ada Taklimat Kerjaya dan juga pemberian Anugerah kepada pemenang tahun 2015

Ada 2 kategori iaitu :
1-Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling
2-Amalan Terbaik

Terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Kota Tinggi atas keprihatinan mereka kepada MGKK Kota Tinggi dan guru-guru bimbingan kaunseling. Tahniah juga kepada rakan-rakan yang berjaya untuk tahun ini.

Saya juga nak ucapkan tahniah atas kerjasama dan tanggungjawab yang telah ditunjukkan oleh rakan GBK pada tahun ini yang mana masing-masing begitu bersemangat dalam memastikan penilaian yang dibuat berjaya.

Untuk tahun ini alhamdulillah rezeki cikgu dalam amalan terbaik untuk kali kedua.





Read More...

Modul Kerjaya-Kenali Pekerjaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? Moga semua sihat walafiat di samping orang-orang sekeliling yang disayangi. Sentiasalah semai rasa cinta,kasih kepada saudara mara kita.

Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas 2 cerdas. Seronok masuk kelas ni. Walaupun kelas ketiga dalam tahun 2 namun muridnya sangat mendengar kata.

Hari ini cikgu nak buat modul kerjaya. Saja mahu uji pengetahuan murid dengan soalan yang mudah-mudah sebab mereka masih tahun 2 kan.

Objektifnya:
-Memberi pendedahan kepada murid nama pekerjaan

Bahan:
-Tiada

Langkah-langkah:
1-Guru menyoal murid dengan soalan yang mudah dan bersesuaian.
PERNAH NAMPAK POSMEN?
PERNAH NAMPAK DOKTOR?
PERNAH NAMPAK ASKAR LALU?
AYAH AWAK KERJA APA?
MAK AWAK KERJA APA?
KAKAK DAN ABANG DAH KERJA BELUM?

2-Bila murid boleh jawab semua soalan tu barulah cikgu alih pada soalan yang agak berat sikit.
DOKTOR KERJA PAKAI BAJU APA?
KERJA APA YANG KENA PAKAI UNIFORM SERAGAM?

3-Kemudian minta murid sorang-sorang kedepan untuk tulis nama pekerjaan. Ingatkan murid agar pekerjaan yang dah ditulis oleh rakan tidak boleh diulang semula.










Read More...

Perjumpaan Kelab Bimbingan kaunseling-Kemahiran Mencipta

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Alhamdulillah kali ini perjumpaan seterusnya kelab bimbingan dan kaunseling.

pada perjumpaan sebelum ini ickgu sudah berjanji untuk buat aktiviti kemahiran mencipta. Dan ahli kelab pilih untuk mencipta burger. Jika murid suka cikgu on sahaja. Hihihi..

Aktiviti kali ni sangat seronok!

Ahli kelab bawa sendiri bahan-bahan.
-roti
-daging cincang
-Timun
-Salad
-Sosej

Cikgu pula sediakan
-Mayonis
-Sos
-Mentega

Cikgu tidak memberikan arahan terperinci bagaimana cara membuatnya. Cikgu mahu lihat kemahiran ahli dalam mencipta burger dari proses persediaan hinggalah siap. Inilah objektif kali ini!









Read More...

Pecutan Akhir UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap semua sihat ya. Hari ini telah diadakan Program Pecutan Akhir bagi murid tahun 6. Namun tidak semua yang terlibat. Cikgu hanya panggil ibu bapa penjaga murid yang gagal dalam percubaan upsr hari tu. Dalam masa yang sama cikgu panggi murid nier miss A.

Seramai 16 murid dari kelas 6 Arif, 5 murid dari kelas 6 Bestari dan 25 murid dari 6 Cerdas.

Tentatif seperti dibawah:
-Tempat: Dewan Seri Zahara
-Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
-Sasaran: Ibu bapa penjaga murid yang terlibat
-Guru terlibat: Guru mata pelajaran Cikgu Kamil, Cikgu Zikeri,Cikgu Hazil dan Cikgu Mr Razaham.
-Pengerusi: Cikgu Norazizah

Peri pentingnya pihak sekolah memanggil ibu bapa penjaga murid-murid yang gagal dalam percubaan ini. Walaupun UPSR hanya tinggal 22 hari saja lagi, namun WALAU DEKAT MASIH SEMPAT!

Cikgu juga memanggil 16 orang murid cemerlang atas sebab murid yang dapat 5A sejak Ujian 1, Penggal dan Percubaan adalah murid yang berlainan.







Read More...

Modul Akademik-Aku Seorang pelajar Satria

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar?

Hari ini cikgu masuk kekelas 6 Bestari untuk laksana bimbingan. Semalam cikgu dah masuk ke kelas 6 Arif. Hal yang sama untuk hari ini.

Niat cikgu hanya mahu semangat mereka tidak putus!
Cikgu cuba sedaya upaya membakar dan menaikkan lagi semangat mereka

Objektif:
1-Menyemai dalam diri murid semangat untuk berjaya

Bahan:
1-Helaian Ikrar

Langkah:
1- Guru cuba membakar semangat murid dengan laungan YAKIN BOLEH! SAYA HEBAT! YES,YES I CAN DO IT! K
2-Guru mengedarkan helaian ikrar.
3-Minta murid berdiri sambil mengangkat tangan dan membaca ikrar. Boleh juga dibuat dalam kumpulan-kumpulan.
4-Setelah habis baca ikrar guru boleh tambah ayat lain. Contohnya DENGAN INI SAYA BERJANJI AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR






Read More...