24.7.15

Modul Bimbingan Kerjaya (Puzzle Kerjaya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Pepagi cikgu dah lihat slip guru. Cikgu ada Bimbingan di kelas tahun 5. Teringat Puzzle Kerjaya yang cikgu buat sebelum ini. Rasa nak cuba untuk murid kelas ini.

TAJUK : Puzzle Kerjaya
MODUL: Kerjaya
MASA : 30 minit
TAHUN : 5 Cerdas

BAHAN-BAHAN:
1-10 sampul Puzzle kerjaya

OBJEKTIF:
1-Murid didedahkan dengan alam kerjaya
2-Murid mengetahui nama-nama pekerjaan

LANGKAH PERLAKSANAAN :
1-Murid dibahagikan kepada 2 pasangan. Setiap pasangan akan dapat 1 sampul surat yang mengandungi puzzle
2-Murid perlu menyiapkan puzzle selama 20 minit.
3-10 minit masa untuk guru menerangkan nama-nama pekerjaan yang terdapat dalam puzzle dan minta murid meneka nama pekerjaan tersebut.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan