Bismillahirrahmannirrahim..
Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Pagi ini murid tahun 6 sudah rutin setiap pagi khamis akan ke surau untuk baca yassin, solat sunat hajat dan solat sunat dhuha. Kemudian akan diselitkan slot motivasi.
Hari ini cikgu sampaikan slot motivasi bertajuk JAGA HUBUNGAN. cikgu berikan intisari apa yang cikgu sampaikan tadi kepada murid.
Lagi 46 hari nak UPSR. Murid MESTI jaga hubungan mereka dengan:
-GURU
-IBU BAPA
-KAWAN
-ALLAH
keberkatan guru itu sangat penting. Cikgu minta murid kejar keberkatan dalam ilmu lebih-lebih lagi nak UPSR. Jaga hubungan dengan guru. Jangan buat guru kecil hati dalam tenmpoh terdekat ini. Ambil hati guru agar guru dapat mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
Ibu bapa juga kena jaga hubungannya. Cikgu pesan minta ingatkan ibu bapa berapa hari lagi nak UPSR. Jika boleh pesan pada ibu bapa hari-hari kena doakan anak berjaya dan lulus cemerlang. Jangan lupa salam dan cium tangan tiap kali ke sekolah. Doa ibu sangat mustajab.
Cikgu juga pesan jaga hubungan dengan kawan-kawan. Jangan lagi ada yang buli, ejek, nganjing dan bergaduh. Minta kawan-kawan sama doakan kejayaan. kalau ada 85 orang murid makan 85 orang jugalah yang mendoakan mereka,
Paling penting jaga hubungan dengan ALLAH. kita usaha kuat macam manapun tapi kalau hubungan dengan si pemberi Rezeki tidak dijaga bukan jaminan kita akan berjaya. Berdoa dan solat. Tarik perhatian Allah pada kita.
Akhir sekali cikgu pesan tiap kali hari khamis pastikan bawa air untuk sama-sama kawan-kawan 85 orang juga guru-guru mendoakan.