Bismillahirrahmannirrahim..
Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah moga kita semua sihat dan kuat untuk meneruskan perjalanan hidup kita ini.
Hari ini cikgu nak kongsikan rentetan perjalanan kami Team Kunjung Kasih Fasa 2 ke SK Nam Heng. Ini aturcaranya, cuma ada beberapa slot kami tukar waktu saja.
Jika masih ada pembaca yang tidak tahu tentang Team Kunjung Kasih bolehlah rujuk tajuk-tajuk sebelumnya ya. Ini adalah sekolah kedua kami pergi selepas SK Tanjung Buai. Mari ikuti catatan cikgu.
7.00 am
-Perjalanan dari rumah masing-masing ke Stesen minyak petronas Taman Seri Saujana. Di sini kami berkumpul menunggu rakan-rakan lain sampai.Ada juga yang beli sedikit barang untuk ditambah dalam aktiviti LDK maisng-masing.
7.40 am
-Kami sampai ke sekolah. Inilah sekolahnya
8.15 am
-kami memulakan slot kami. Seperti biasa perkenalkan diri. Bersalaman dengan anak-anak syurga ini. Bina rappor bersama anak-anak di sini agar kemesraan dan rasa percaya itu wujud. Banyak pengalaman yang kami dapat dari program hari ini. Sosio ekonomi anak-anak di sini rendah. Ibu bapa/penjaga mereka bekerja sebagai jaga, nelayan, bela ayam, bersihkan rumah ladang. Masa kami sampai saja terus mata tertuju pada beberapa murid yang jelas terlihat pakaiannya kusam, kuning, koyak sana sini, lusuh dan gigi tidak bergosok. Sedihnya. Namun saya puji sekolah ini.Guru-guru memastikan murid-murid ada vest pengawas, ketua kelas, penolong, pustakawan. Nampak juga kekemasan mereka. Sekolah ini tidak ramai muridnya. Hanya 100 lebih saja.
9.00 am
Kemudian diikuti ceramah motivasi kami bersama ibu bapa yang hadir. kami tekankan tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam emmastikan anak-anak mendapat pelajaran. Sangat sweet macam gula-gula yang kami beri pada ibu bapa dan anak-anak bila mana anak menyuap gula-gula dimulut ibu bapa dan ibu bapa turut menyuap gula-gula kepada anak.
11.00 am
-Kami memulakan aktiviti LDK bersama murid-murid
12.30
-Majlis penutup. Ucapan Guru Besar dan Peg.PPD . Diikuti sesi memberi hadiah kepada peserta lelaki dan perempuan terbaik juga hadiah kumpulan
JUMPA LAGI SK NAM HENG!!!

7.15 am
-Bila semua dah berkumpul kami gerak ke SK Nam Heng. Kami kena lalu masuk Bandar Tiram, Kg Ulu Tiram dan masuk ke dalam lagi. Perjalanan memang jauh. nam tiba ke Ladang Nam Heng tu belok-belok laluan tanahnya.
-Kami sampai ke sekolah. Inilah sekolahnya
8.15 am
-kami memulakan slot kami. Seperti biasa perkenalkan diri. Bersalaman dengan anak-anak syurga ini. Bina rappor bersama anak-anak di sini agar kemesraan dan rasa percaya itu wujud. Banyak pengalaman yang kami dapat dari program hari ini. Sosio ekonomi anak-anak di sini rendah. Ibu bapa/penjaga mereka bekerja sebagai jaga, nelayan, bela ayam, bersihkan rumah ladang. Masa kami sampai saja terus mata tertuju pada beberapa murid yang jelas terlihat pakaiannya kusam, kuning, koyak sana sini, lusuh dan gigi tidak bergosok. Sedihnya. Namun saya puji sekolah ini.Guru-guru memastikan murid-murid ada vest pengawas, ketua kelas, penolong, pustakawan. Nampak juga kekemasan mereka. Sekolah ini tidak ramai muridnya. Hanya 100 lebih saja.
9.00 am
Kemudian diikuti ceramah motivasi kami bersama ibu bapa yang hadir. kami tekankan tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam emmastikan anak-anak mendapat pelajaran. Sangat sweet macam gula-gula yang kami beri pada ibu bapa dan anak-anak bila mana anak menyuap gula-gula dimulut ibu bapa dan ibu bapa turut menyuap gula-gula kepada anak.
11.00 am
-Kami memulakan aktiviti LDK bersama murid-murid
12.30
-Majlis penutup. Ucapan Guru Besar dan Peg.PPD . Diikuti sesi memberi hadiah kepada peserta lelaki dan perempuan terbaik juga hadiah kumpulan
1.00 pm
-Tamatlah sudah. Kami akhiri dengan sesi bergambar bersama murid-murid ikut fasi, ibu bapa dan guru-guru SK Nam Heng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan