25.6.15

LAWATAN DARI C.NORAHASIDAH HASBI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu yang comel-comel dan yang manis-manis belaka. Hari ini hari cuti. namun cikgu datang sekolah sebab ada rakan guru BNK dari daerah kulai jaya mahu menjenguk bilik cikgu yang tak seberapa ni.

Perkenalkan inilah cikgu Norahasida hasbi. Kami kenal melalui facebook saja. Beliau datang untuk membeli carta-carta yang cikgu jual. Terima kasih cikgu norahasida sudi datang menjengah ke mari. Segan rasanya. Masa ni banyak barang tiada sebab cikgu dalam proses nak pindah ke bilik baru.

Masa jumpa inilah cikgu dapat ilmu baru. Ilmu yang sangat-sangat berharga bagi cikgu, dimana cikgu norahasida ini yang ajar cikgu cara untuk cikgu-cikgu semua mudah download bahan dari blog cikgu ini. Cikgu ini memang suka bab begini. lepas diajar balik saja ke rumah terus cikgu cari semua bahan-baha simpanan cikgu dan cikgu kongsikan dalam blog. Cikgu-cikgu boleh lah tengok di bahagian sila muat turun ya. Terima kasih cikgu norahasida hasbi mengajar cikgu ilmu itu. Dapat cikgu berkongsi ilmu terus kepada rakan guru yang lain. Moga dengan cara cikgu memudahkan urusan cikgu-cikgu lain, Allah akan mudahkan urusan cikgu pula lepas ini. Aaminn.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan