25.6.15

BERAKHIR SUDAH PENILAIAN ANUGERAH BNK SR KOTA TINGGGI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sudah masuk bulan puasa, bulan penuh pengharapan untuk kita mendapatkan sebanyak mungkin pahala dan doa-doa agar dimakbulkan olehNya.

Kini sudah berakhir cikgu dan 2 rakan cikgu yang telah ditugaskan oleh pihak PPD menilai dan memantau rakan-rakan gbk yang terlibat. Alhamdulillah semua pengurusan perkhidmatan BNK dan bilik sangat bagus! dan terbaik!.  Tahniah cikgu ucapkan kepada GBK yang telah berjaya menyahut cabaran tahun ini.

Gambar-gambar dibawah hanyalah gambar cikgu dan 2 rakan cikgu tu saja. Hihihi... Gambar bilik sekolah yang terbabit tak dapat dipertontonkan. Hihih.

Semasa kami menilai ini kami membantu sebanyak yang boleh agar rakan guru yang dinilai dapat upgrade diri dan perkhidmatan mereka. Kami bukan datang dengan tangan kosong da saja-saja. Tujuan kami datang untuk MEMBANTU.

Kami membantu apa saja yang mereka perlukan. Kami bagi cadangan, idea dan penambah baikkan untuk perkhidmatan mereka. Terima kasih kepada Encik Roslan iaitu Pen.Peng.PPD bahagian Kaunseling dan kerjaya murid yang memberi ruang dan peluang buat kami ini. Setiap sekolah yang kami pergi mesti kami dapat ilmu baru. Jika ada 10 GBK bermakna 10 idea baru yang kami dapat. Alhamdulillah!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan