Bismillahirrahmannirrahim..
Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? harap semua sihat walafiat dan berada di dalam lindungan Allah SWT.
Hari ini ada 2 kelas dan 4 masa cikgu bersama murid-murid. Cikgu nak cerita tentang keadaan cuaca sekarang yang semakin panas. Ada sekolah rakan cikgu yang alami masalah kehadiran. Murid ramai tidak hadir atas sebab puasa ditambah lagi dengan cuaca yang panas.
ALhamdulillah disekolah cikgu masih berjalan seperti biasa. Namun kita pun faham. Kita sendiri rasa bahang panasnya apatah lagi budak-budak kecil. Jadi cikgu tidak memaksa sangat murid-murid jalankan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.
Hari ini cikgu bawa murid-murid buat aktiviti di luar kelas. Sambil-sambil dapat ambil angin. Cikgu pun tumpang sekaki. Bila sebut tentang cuaca, negara kita memang alami keadaan yang panas. Untuk suhu cuaca pada hari ini di Kota Tinggi lingkungan 25'c hingga 33'c. Dikatakan cuaca di negara kita mengalami fenomena ekuinoks dimana keadaan panas melanda Malaysia.
Kelas hari ini cikgu hanya memberikan tips-tips kepada murid cara berhadapan cuaca panas. Antara yang cikgu sebutkan ialah:
1- Banyak minum air. Memandangkan hari ini puasa, cikgu minta murid minum air kosong banyak ketika buka dan sahur bagi menggantikan peluh yang banyak keluar ketika cuaca panas. Dahla cuaca panas, kuat peluh, jarang minum air akan menyebabkan badan alami hidrasi.
2-Elakkan terus berada di kawasan yang panas. Sebab tu sekolah cikgu 1M1S pada puasa ini dibatalkan. Murid jangan berada di kawasan padang permainan ketika cuaca panas. Terutama ketika jam 12 hingga 3 petang.
Jadi, harap semua murid dapat mengambil tips-tips yang cikgu berikan tadi dan jadikan amalan. Kalau dah demam nanti tak boleh nak ke sekolah, tak boleh nak belajar, tak larat nak berpuasa.