Bismillahirrahmannirrahim..
Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog saya. Diharapkan semua sihat walafiat hendaknya. Moga kerja yang kita lakukan setiap hari jujur, ikhlas dan memudahkan kerja orang lain juga. Ingat ya, KERJA ITU IBADAH.
Kali ini saya nak berkongsikan pengalaman saya bersama team saya. Mari kenali ahli team kami. Kami seramai 6 orang yang terdiri dari saya Norazizah GBK SK Bandar Mas, Khairil GBK SK Adela, Kak Liza GBK SK Taman Kota Jaya, Kak Zarina GBK SK Tun Syed Nasir, Azwana SRAB Kota dan Kak Rohaya GBK SK Datuk usman Awang,dengan bantuan PPD kami yang sangat bertanggungjawab dan memahami hasrat hati kami Encik Mohd Roslan b Md Noh untuk bantu murid-murid di sekolah SKM (sekolah kurang murid) ini, maka wujudlah Team Kunjung Kasih.
Antara objektif penubuhan Team Kunjung Kasih ialah:
1-Di sekolah SKM ini tiada guru bimbingan kaunseling sepenuh masa. Hanya guru biasa lantikan dalaman sahaja dilantik untuk menjadi guru bimbingan. Sudah pastinya perkhidmatan bimbingan tidak dapat dijalankan sepenuhnya.
2-Murid di SKM tidak ramai. Ada yang 18 orang, 13 orang. Dengan latar belakang ibu bapa yang pekerjaannya biasa-biasa sahaja. Kebiasaannya SKM ini terdapat di pesisir sungai Johor. Jadinya ramai ibu bapa yang punca pendapatan mereka dengan menjadi nelayan. Kita kena faham skop mentaliti kanak-kanak iaitu mereka akan buat, akan ikut ,akan contohi apa yang mereka nampak. Contohnya kanak-kanak di SKM oleh kerana tidak terdedah dengan dunia luar mereka kurang diberi pendedahan begitu banyak kerjaya. Mereka nampak ayah mereka menjadi nelayan dan mereka akan fikir mereka juga akan menjadi nelayan. Kesedaran ibu bapa juga terhadap pendidikan agak kurang dimana mereka sudah selesa dengan kehidupan serba sederhana dan mengharapkan anak-anak mengikuti jejak langkah mereka bagi meneruskan kehidupan.
3- Kedudukan SKM ini seperti yang diketahui banyak terdapat di Pesisir Sungai Johor. Anak-anak sudah terbiasa denagn kehidupan sebegitu dan mereka juga seperti kepompong. Sedari kecil tidak dapat melihat dunia luar dan menerima perkembangan pembaharuan yang pantas seperti pelajar-pelajar di bandar. Dengan skop perkhidmatan bimbingan yang tidak meluas di sekolah berkemungkinan keperluan mereka tidak sampai seperti maklumat sekolah berasrama, biasiswa, pekerjaan yang boleh diceburi. Pokok pangkalnya maklumat yang sepatutnya seorang guru bimbingan kaunseling sampaikan tidak mereka perolehi.
4-Oleh kerana murid yang tidak ramai sudah pasti persaingan antara mereka sedikit. Mereka tidak perlu bersaing seperti pelajar di bandar. Kelas mereka mungkin tahun 6 hanya 2 orang tetapi di bandar 1 kelas untuk tahun 6 sahaja sudah 35 orang. Persaingan antara pelajar di bandar sengit dan saling berebut untuk menjadi pelajar yang lebih baik. Namun di SKM mereka tidak bersaing seperti itu dan sudah pasti perasaan membara dan semangat juang yang tinggi mereka agak kurang. Kami mahu dedahkan mereka dalam skop "tekanan" agar kelak jika mereka mahu ke asrama dan keluar dari kampung mereka sudah merasai dan sedikit sebanyak membantu mereka meneruskan kehidupan dengan baik.
Sebenarnya team ini sudah wujud pada tahun lepas. Oleh kerana terdapat halangan yang tidak boleh dielakkan kami terpaksa tangguh dahulu, barulah tahun ini kami rancang dan tekadkan hati untuk laksanakan program ini. Ada beberapa sekolah yang telah disenarai pendek oleh kami untuk kami bantu bagi tahun 2015 ini.
Antaranya:
1-SK Tangjung Buai
2-SK Nam Heng
3-SK Tanjung Surat
4-SK Lepau
Nantikan kupasan saya bersama team sepanjang kami laksanakan tanggungjawab ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan