28.4.15

Perjumpaan Kelab Bimbingan Kaunseling-KENALI BUKU LOG

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blogcikgu. Apa khabar semua? harap sihat-sihat dan kita semua berada di bawah redha dan perlindungan dari Nya.. aminnn

Seperti biasa bila hari rabu akan ada aktiviti perjumpaan kelab atau unit beruniform. Selang seli. Hari ini perjumpaan kelab.

Aktiviti hari ini cikgu nak bekalkan ahli kelab bimbingan kaunseling dengan buku log. Cikgu tiada buku log yang dibeli warna pepel tu. Yang biasa PRS guna. Untuk ahli kelab ni, Cikgu belikan buku note. Ada 10 buku noted cikgu beli memandangkan ahli ada 10 orang.

Cikgu berikan setiap orang buku noted. Cikgu bekalkan juga Logo kelab. Sambil itu cikgu perkenalkan logo kepada ahli. Edaran biodata juga perlu di isi dengan betul. Jadinya aktiviti pada hari ini lebih kepada menyiapkan buku log seperti menampal logo, menyiapkan biodata peribadi dan mencantikkan buku log





Tiada ulasan:

Catat Ulasan