28.4.15

Perjumpaan Kelab Bimbingan Kaunseling-KENALI BUKU LOG

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blogcikgu. Apa khabar semua? harap sihat-sihat dan kita semua berada di bawah redha dan perlindungan dari Nya.. aminnn

Seperti biasa bila hari rabu akan ada aktiviti perjumpaan kelab atau unit beruniform. Selang seli. Hari ini perjumpaan kelab.

Aktiviti hari ini cikgu nak bekalkan ahli kelab bimbingan kaunseling dengan buku log. Cikgu tiada buku log yang dibeli warna pepel tu. Yang biasa PRS guna. Untuk ahli kelab ni, Cikgu belikan buku note. Ada 10 buku noted cikgu beli memandangkan ahli ada 10 orang.

Cikgu berikan setiap orang buku noted. Cikgu bekalkan juga Logo kelab. Sambil itu cikgu perkenalkan logo kepada ahli. Edaran biodata juga perlu di isi dengan betul. Jadinya aktiviti pada hari ini lebih kepada menyiapkan buku log seperti menampal logo, menyiapkan biodata peribadi dan mencantikkan buku log





Read More...

26.4.15

Persediaan Program Kunjung Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Alhamdulillah kami team GBK SR Kota Tinggi seramai 7 Team termasuk Pen Pg PPD Kaunseling dan Kerjaya Murid akan bergabung tenaga melaksana Program Kunjung Kasih di dua buah sekolah. Sekolah terlibat ialah:
1-SK Tanjung Buai
2-SK Nam Heng

Sekolah ini ialah sekolah SKM. Jauh dari bandar. Kami terpanggil untuk membantu murid di sana dan juga memberi motivasi kepada ibu bapa murid. Kami tidak mahu murid-murid kawasan ini jauh tertinggal dari segi maklumat dan sikap "prihatin" dari pihak luar.

Insyallah kami cuba sebaik mungkin. Inilah team kami. Agenda hari ini ialah aktiviti yang akan dijalankan, perbincangan slot setiap orang, persediaan hadiah, baju, bahan, banner dan lain-lain lagi.

Tak sabar rasanya mahu turun padang membantu anak-anak di dua buah sekolah ini


 


Read More...

Perjumpaan Kelab Bimbingan Kaunseling-MERANGSANG TUNJANG MINDA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? Diharap semua sihat walafiat dan ceria-ceria selalu. Nampaknya musim panas dah reda sikit sebab hujan dah mula nak turun. Bila dah lama tak hujan, bau air hujan yang naik lepas hujan tu terasa segarrrrr

Ok hari ini nak cerita tentang perjumpaan kelab bimbingan kaunseling yang ke 5. Sekejap je dah 5 kali kami buat perjumpaan. Ni baru bulan 4.huhuhuh...

Untuk perjumpaan kali ini cikgu nak tunjuk pada ahli kelab bagaimana merangsang imaginasi. Kalau sebelum ni dok asik bercakap je tentang peranan, tanggungjawab ahli, tapi kali ni aktiviti merangsang tunjang minda pula.Ohohoho dah dapat da nama aktiviti iaitu MERANGSANG TUNJANG MINDA.

OBJEKTIF
1-Murid mampu berfikir diluar kotak
2-Murid berupaya menggambarkan / menghasilkan sesuatu menggunakan bahan sedia ada

BAHAN-BAHAN
-Straw
-Tanah Liat

LANGKAH-LANGKAH
1-Guru memberikan penerangan ringkas bagaimana konsep "berfikir diluar kotak" itu dapat digunakan dalam aktiviti hari ini. Guru turut beri contoh hasilan yang dibuat sendiri.
2-Murid diberi 1 meja seorang. Guru bekalkan 1 meja dengan 1 kotak tanah liat dan 10 batang straw. Murid perlu potong straw kepada saiz yang kecil.
3-Murid menghasilkan sesuatu . Guru membimbing murid.
4-Semua murid akan pergi ke setiap meja mengikut turutan. Murid akan beri penerangan objek yang dibuat dengan dibantu oleh guru hingga semua murid selesai.






Read More...

KUNJUNG BANTU PRS SMKA VS SKBM

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu yang manis-manis dan handsome! wahhh kena puji!

Hari ini hari yang paling menyeronokkan sebab cikgu dapat berjumpa kembali dengan bekas anak murid cikgu waktu mereka di sekolah rendah. Sekarang mereka dah tingkatan 4. Sudah lebih bijak! lebih cemerlang! mereka di SMKA Bandar Penawar.


Teruja bila anak murid mesej sebelum ni tanya andai boleh mereka mahu membuat kunjung bantu anak-anak tahun 6 di sini. Besar tapak tangan nitu kami tadahkan. Cikgu pun bincang dengan pentadbir dan guru kaunseling SMKA Bandar Penawar. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Sesungguhnya niat yang baik akan sentiasa dimudahkan.

Anak-anak PRS SMKA adalah seramai 14 orang. Cikgu sediakan tempat dan bahan seperti yang diminta.

Antara aktiviti ialah:
-Pengenalan dari PRS SMKA
-Ice Breaking
-Eksplorace
-Tayangan dan penerangan mengenai SMKA

Semua ini dibuat dan dilaksanakan oleh ahli PRS SMKA. Mereka sangat bagus! sangat berkepimpinan! Tahniah anak murid cikgu!








Read More...

Program Menuju Puncak

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Program Menuju Puncak ini dibuat khas untuk pelajar sasaran iaitu pelajar tahun 6 yang gagal 1 mata pelajaran atau lebih ketika Ujian 1.

Dah lama saya dan pentadbir merancang kerana kami risau pada tahun ini ramai yang gagal walau masih baru awal tahun.

Surat diedar awal agar ibu bapa dapat mohon cuti demi kecemerlangan anak mereka. Besar harapan saya agar ibu bapa/penjaga dapat hadir sama-sama demi membantu pihak sekolah.

Alhamdulillah kehadiran sangat baik.

Pada hari ini kami berkongsi banyak perkara dengan penjaga. Tentang keputusan anak mereka. Tentang masa depan mereka. Tentang harapan guru dan sekolah.

Antara agenda:
1-Ceramah motivasi oleh bekas guru besar iaitu Encik Abdul Razak bin Hashim
2-Perkongsian Minda
3-Jualan ubat minda

Kami juga mohon ibu bapa bantu kami untuk sama-sama pastikan kumpulan sasaran ini dapat lulus kesemua mata pelajaran. Ujian kedua akan menyusul pada 11hb 5 ini. Kita akan sama-sama lihat bagaimanakah kumpulan sasaran ini sama ada dapat memperbaiki keputusan atau tidak. Berdoalah.



 




Read More...

Pameran Amalan Terbaik 9 Daerah Negeri Johor 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua [embaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih bernafas lagi dibumi Allah. Sentiasalah ucapkan rasa syukur setiap kali kita bangun tidur. Agar kita rasa lebih menghargai apa yang kita ada dan orang disekeliling kita.

Hari ini 25hb Mei 2015 telah diadakan Simposium iaitu Konvensyen Kaunseling Negeri Johor yang diadakan di Kluang.

Antara agenda ialah:
-Ucapan oleh Pengarah
-Ucapan Pen Pengarah Kaunseling
-Ceramah
-Anugerah Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
-Anugerah Amalan Terbaik
-Sijil kepada Sukarelawan Mangsa Banjir
-Pameran Amalan Terbaik
-Pameran Kerjaya

Dapatlah cikgu jumpa ramai insan-insan hebat diserata Johor. Alhamdulillah. Lebih penting bila ada pameran amalan terbaik ni banyak cikgu boleh kutip dan laksanakan di sekolah. Seronok dapat berkongsi dengan rakan guru kaunseling dari daerah-daerah lain.

Banyak amalan terbaik yang sangat menarik! cikgu pun tak sabar nak aply kat sekolah cikgu. Tapi pelan-pelan lah ya. Mungkin persediaan cikgu buat tahun ni dan boleh aply pada awal tahun depan.

Cikgu termasuk dalam senarai pempamer untuk amalan terbaik. Mari tengok sama-sama amalan terbaik bagi 9 daerah. Sebenarnya ada lagi daerah lain tp tidak dapat hadir.










Read More...

BIMBINGAN AKADEMIK (IMAGINASIKU DILUAR KOTAK SIRI 2)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? moga kita semua berada di bawah lindungan Allah hendaknya.

Ini kiranya siri kedua cikgu buat modul ini. Sebelum ini bersama murid 5 Arif, kalini bersama murid 3 Arif...PERCAYALAH SEMAKIN KECIL USIA MEREKA, SEMAKIN TINGGI IMAGINASI MEREKA

Hari ini cikgu masuk kelas 3 Arif. Cikgu laksanakan modul akademik iaitu imaginasiku diluar kotak. Pelik rasanya sebab cikgu ni asik nak buat aktiviti diluar kotak saja akhir-akhir ini.

Sebenarnya seronok sebab kita boleh cetuskan kreativiti anak-anak. Anak-anak kecil ini punya daya imaginasi yang tak terfikir dek akal kita.

OBJEKTIF:
1-Meransang otak kanan dan kiri

BAHAN
1-Kertas A4 putih
2-Alat tulis dan kaler pensil

LANGKAH
1-Cikgu mengarahkan murid untuk lukis 3 bulatan yang sama saiz di dalam kertas.
2- arahkan murid untuk imagine apakah bentuk yang mereka boleh lukis dengan bulatan kosong tersebut. (Soal Jawab berlaku)
3-Cikgu tunjuk contoh yang telah dibuat









Read More...

Modul Bimbingan Akademik (Imaginasiku Diluar Kotak)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? moga kita semua berada di bawah lindungan Allah hendaknya.,

Hari ini cikgu masuk kelas 5 Arif. Cikgu laksanakan modul akademik iaitu imaginasiku diluar kotak. Pelik rasanya sebab cikgu ni asik nak buat aktiviti diluar kotak saja akhir-akhir ini.

Sebenarnya seronok sebab kita boleh cetuskan kreativiti anak-anak. Anak-anak kecil ini punya daya imaginasi yang tak terfikir dek akal kita.

OBJEKTIF:
1-Meransang otak kanan dan kiri

BAHAN
1-Kertas A4 putih
2-Alat tulis dan kaler pensil

LANGKAH
1-Cikgu mengarahkan murid untuk lukis 3 bulatan yang sama saiz di dalam kertas.
2- arahkan murid untuk imagine apakah bentuk yang mereka boleh lukis dengan bulatan kosong tersebut. (Soal Jawab berlaku)
3-Cikgu tunjuk contoh yang telah dibuat

PERCAYALAH SEMAKIN KECIL USIA MEREKA, SEMAKIN TINGGI IMAGINASI MEREKA








Read More...