4.3.15

5 Minit PRS (Faedah Bersukan)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Perhimpunan hari rabu ini ahli PRS akan menyampaikan sebuah pantun. Tajuk guru bertugas minggu ini ialah Kebaikan bersukan. Jadi ahli PRS akan membaca rangkap pantun yang berkaitan dengan tajuk.

PANTUN  FAEDAH BERSUKAN

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sayang Singapura sungainya jernih,
Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik

Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Kain cindai bawa berjalan
Buat mengibas nyamuk dan agas
Rajin dan tabah dalam bersukan
Minda cergas jasmani cergas

Harum sungguh bunga kemboja
Disusun dara dari Mandilin
Disusun membentuk semangat waja
Sentiasa ceria cergas berdisiplin

Berkhasiat sungguh air halia
Dimasak dengan air telaga
Beriadah bersukan amalan mulia
Badan sihat tentu bertenaga

Burung undan burung tempura
Hinggap berehat di pohon kayu
Sukan amalan untuk semua
Rakyat sihat Negara maju

Saying Singapura sungainya jernih
Tempat laluan sampan dan kolek
Segar jasmani jiwa bersih
Aktiviti sukan amalan yang baik.



Sekian, terima kasih



Tiada ulasan:

Catat Ulasan