25.3.15

Profil PPPB

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Agak riuh juga dalam beberapa bulan ini semua guru diarah untuk siapkan fail Profil PPPB. Setiap guru harus ada 1 fail profil ni. Cikgu telah diarahkan oleh pentadbir untuk bantu membuat format Profil PPPB yang seragam kepada 45 orang guru di sekolah cikgu.

Jadi cikgu buat tetulang,cover dan semua partisen dalamnya. Setiap cikgu dibekalkan dengan 1 fail putih oleh Kelab Maju. Alhamdulillah hari ini cikgu dah siapkan print untuk semua 45 orang rakan guru. Tinggal diedarkan sahaja. Cikgu kena cepat sebab insyallah pada hari esok cikgu follow up doktor dan jika resultnya  seperti yang diharapkan cikgu akan dicutikan rehat seminggu pada minggu depan.

Kena siap edarkan pada hari ini juga. Arahan pentadbir pun semua guru kena lengkapkan fail pada hujung bulan ini. Ok cikgu nak maklumkan awal, hasil cerate design ni bukan 100% idea cikgu ya. Cikgu ada upload filenya di FB TERATAK BIMBINGAN CIKGU JIJAH. Jadi rakan guru yang mahu download dan edit bolehlah berbuat demikian.


Read More...

Info 5 Minit PRS-Cara Beradab Menghormati Guru

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Perhimpunan hari rabu ini ahli PRS akan menyampaikan sebuah pantun. Tajuk guru bertugas minggu ini ialah Kebaikan bersukan. Jadi ahli PRS akan membaca rangkap pantun yang berkaitan dengan tajuk.

CARA BERADAB MENGHORMATI GURU

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya akan berkongsi dengan rakan-rakan cara beradab dan menghormati guru.

Sabda Rasulullah saw
Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.

Cara beradab menghormati guru
1– Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
2– Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
3– Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
4– Mengucap salam setiap kali bertemu guru
5– Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
6– Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
7– Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
8– Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
9– Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
10– Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
11– Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.

Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian


Read More...

22.3.15

Observe Oleh Pentadbir 22/3/2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Rutin saban tahun,selain dipantau oleh PPD / JPN, saya akan di observe oleh pentadbir. Untuk tahun ni giliran GPK Koko observe, kemudian baru guru besar akan observe.

Kebiasaan bila jadual observe keluar saya akan jumpa GPK 1 minta mana-mana class yang kosong pada hari tersebut.Saya akan ambil buat bimbingan di kelas untuk di observe.

Kali ni saya nak uji ketahanan diri murid-murid. Saya nak uji sama ada mereka tahan dengan kritikan, cercaan,sindirian dan gurauan. Saya nak bina keyakinan diri mereka dan bersikap positif menerima kritikan.

Sasaran kali ini kelas 6 Cerdas.
Saya ambil modul bimbingan dari Buku LDK MUDAH LAGI SERONOK. Sangat membantu!

Sebelum memulakan kelas, saya buat relaksasi minda selama 10 minit bersama murid-murid. Saya mahukan suasana harmoni dan murid tenang sepanjang 45 minit bimbingan berjalan. Memang berkesan ok! yang penting kena pandai bermain kata.. kemudian baru cikgu fokus pada objektif bimbingan .




Objektif:
Pada akhir sesi murid dapat :-
1.     Menguji ketahanan diri.
2.     Berani berucap di kalangan ahli
3.     Membina keyakinan diri dengan sikap positif yang boleh menerima kritikan.
Bahan:
Kertas manila, pen marker – Lampiran PKM/1A
Langkah-langkah:
1.     Guru Bimbingan dan Kaunseling menyediakan lima topi daripada kertas manila yang tercatat perkataan berikut :
·         Semua tidur
·         Berbisik-bisiklah
·         Dengar cakap saya
·         Tutup telinga anda
·         Ganggu saya
2.     Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil lima orang peserta dan mengasingkan mereka. Mereka akan diberikan tajuk untuk bercerita kepada rakan-rakan. Cerita ataupun topik akan disediakan. (Apa-apa saja tajuk yang sesuai)
3.     Guru Bimbingan dan Kaunseling mengingatkan pelajar yang bercerita agar meneruskan cerita walau apa pun terjadi.
4.     Guru Bimbingan dan Kaunseling mengingatkan ahli kelompok supaya memberi respon   mengikut catatan pada topi yang dipakai oleh rakan yang berucap.
5.     Murid yang bercerita akan bergilir-gilir bercerita selama tiga minit.


6.     Murid-murid lain digalakkan memberi respon mengikut catatan atau kenyataan pada topi yang dipakai oleh            pencerita.
7.     Selepas selesai sesi bercerita, guru akan memberi peluang kepada   pencerita  untuk  menyatakan perasaan          mereka apabila mendapat reaksi daripada  ahli kumpulan.
8.     Perbincangan memberi fokus:
·         Kepada perasaan ataupun reaksi para pelajar apabila tidak dipedulikan, tidak diberi perhatian ataupun dihargai.
·         Menyelami perasaan orang lain sekiranya tidak dihargai ataupun dipedulikan.
Penilaian:
Murid dapat memahami erti sebenar perhatian yang diperlukan apabila berucap di hadapan orang ramai.
Rumusan:
Keyakinan diri pelajar dapat dibina melalui cabaran yang mereka hadapi.
Falsafah:
1.     Kritikan umpama ubat yang pahit tetapi   menyembuhkan . Keupayaan sesesorang  menyembuh diri sekiranya menerima kritikan khususnya, kelemahan diri secara positif melambangkan kematangan dan ketahahan minda diri seseorang.
2.     Penghargaan dan perhatian adalah  penawar jiwa yang berkesan.

Read More...

4.3.15

5 Minit PRS (Faedah Bersukan)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Perhimpunan hari rabu ini ahli PRS akan menyampaikan sebuah pantun. Tajuk guru bertugas minggu ini ialah Kebaikan bersukan. Jadi ahli PRS akan membaca rangkap pantun yang berkaitan dengan tajuk.

PANTUN  FAEDAH BERSUKAN

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sayang Singapura sungainya jernih,
Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik

Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Kain cindai bawa berjalan
Buat mengibas nyamuk dan agas
Rajin dan tabah dalam bersukan
Minda cergas jasmani cergas

Harum sungguh bunga kemboja
Disusun dara dari Mandilin
Disusun membentuk semangat waja
Sentiasa ceria cergas berdisiplin

Berkhasiat sungguh air halia
Dimasak dengan air telaga
Beriadah bersukan amalan mulia
Badan sihat tentu bertenaga

Burung undan burung tempura
Hinggap berehat di pohon kayu
Sukan amalan untuk semua
Rakyat sihat Negara maju

Saying Singapura sungainya jernih
Tempat laluan sampan dan kolek
Segar jasmani jiwa bersih
Aktiviti sukan amalan yang baik.



Sekian, terima kasih



Read More...

2.3.15

Buletin Bulan March 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah.. Asalamualaikum semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? sekarang cuaca panas terik. Seeloknya kena minum air kosong banyak. Paling-paling 3 liter sehari baru air di badan mencukupi dengan cuaca sekarang ni. Anak-anak murid pastikan tidak bermain kejar-kejar ketika waktu rehat di sekolah. Sentiasa pesan pada murid bawa bekalan air ke sekolah.

Hari ini cikgu siapkan buletin bagi bulan march. Banyak aktiviti bulan februari tapi banyak gambar tak nak cikgu masukkan . Bukan apa, gambar-gambar boleh lah tengok di blog ini. Kertas buletin tu saiz A4 je. Nanti banyak gambar tak nampak pula. Murid nanti bising cakap gambar tak nampak. Jadi cikgu letak tajuk program yang besar aja.

Ok, cikgu sedang print untuk 18 kelas dan 1 untuk papan unit kaunseling. Esok pagi cikgu edar di setiap kelas ok!


Read More...

PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN SAMBUTAN HARIJADI MURID BULAN JAN-MARCH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

 

Alhamdulillah, telah diadakan Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan Sambutan Hari Jadi murid bulan januari, februari dan march.

Pemberiaan button badge kepada semua guru yang perlu dipakai sepanjang tahun.
Alhamdulillah sekali lagi. Selamat hari jadi ya anak-anak. Moga membesar menjadi anak yang mendengar kata ibu bapa, tidak meninggikan suara dengan ibu bapa, bersopan santun, dan berakhlak mulia.

Oh lupa nak bagitahu, cikgu da pesan 2 hari sebelum pelancaran agar semua guru memakai baju pepel. Tema guru penyayang kali ini!
SEKOLAH PENYAYANG
GURU PENYAYANG
MURID PENYAYANG




Read More...

Kursus Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini  1hb3,2015 cikgu bersama 21 orang Guru Bimbingan Kaunseling SR Daerah Kota Tinggi mengadakan Kursus Profesionalisma bertempat di sekolah cikgu.

Inisiatif kami kali ini ialah untuk bagi kami pendedahan bagaimana nak mengisi dan menggunakan buku rekod baharu BNK. Buku rekod ini format baharu. Jadi ada yang salah mengisi rekod di dalamnya. Untuk tak mahu timbulkan salah faham maka kami buat kursus ini. Kami panggil GBK SM yang pakar bab menggunakan buku rekod format baharu ini.

Dalam masa yang sama kami juga jemput seorang GBK dari SK Bangi yang mempunyai certificatd Hypnotherapy bagi memberikan kami pengetahuan berkaitan ilmu Hypnotherapy ini. Ini juga inisiatif kami GBK SR yang seramai 21 orang plus 2 orang GBK lantikan dalaman untuk menyahut seruan belajar ilmu tersebut. Sebenarnya masa yang diberi memang tidak cukup untuk dapatkan ilmu ini. Jika diikutkan perlu 3 hari!

Tapi kami dapat belajar hanya 2 jam 30 minit sahaja kali ini. Kami collect duit masing-masing untuk menjemput pakar tersebut. Ilmu tidak boleh dijual beli. Usah berkira dengan ilmu.

Ini slotnya:


Terima kasih kepada Puan Sarah atas ilmu berkaitan Penggunaan Buku Rekod tersebut juga Encik Noorhisham atas kesudian menyampaikan ilmu berkaitan Hypnotherapy kepada kami.

Ada seorang GBK dari Kluang turut mengikuti kursus kali ini.



Read More...

Pentomen "Keinsafan" oleh ahli kelab bimbingan kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah alhmadulillah alhamdulillah. Hari ini anak-anak kelab bimbingan dan kaunseling telah mencapai satu aras yang tinggi di mana mereka berjaya memecahkan tembok kemaluan, tembok ketakutan, tembok tiada keyakinan, dan tembok ketidakfasihan dalam diri mereka.

Hari ini anak-anak kelab bimbingan kaunseling telah mempersembahkan sebuah pentomen bertajuk keinsafan. Persembahan di buat pada perhimpunan hari isnin, Bagi penutupan minggu anti dadah peringkat sekolah.

Pentomen ini berkisarkan tentang penyalahgunaan dadah. Kudin dan rakannya terlibat dalam penyalahgunaan dadah-ditangkap-masuk penjara-keluar penjara-insaf.

Tahniah anak-anak kelab bimbingan kaunseling. Ada insan hebat! superb! berbakat!

Ini gambar iklan sebelum kemunculan pentomen.hahahhaha


Ini gambar sewaktu pentomen



Read More...