15.2.15

5 Minit PRS (Anti Dadah)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca  blog cikgu. Sihat tak? harapnya semua pembaca dan cikgu juga sihat walafiat. Dapat terus beribadah dengan baik, dapat berbuat lebih banyak kebaikan kepada diri, anak-anak murid, saudara mara dan keluarga.

PRS hari ini berkongsi info berkaitan Dadah. Ahli PRS mendeklamasikan sajak yang bertajuk Yang Jatuh Dan Rebah Itu Adalah Anak Watan Mu. Sesuai dengan Minggu Anti Dadah pada kali ini.

Besar harapn cikgu agar anak-anak faham dan memahami maksud disebalik sajak tersebut. Mari kita sama-sama jauhi dadah dan tangani dadah habis-habisan!




YANG JATUH DAN REBAH ITU ADALAH ANAK WATAN MU

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Di setiap detik perjalanan
hidupnya tersekat pada rongga nafsu
malam baginya suatu mimpi
siang baginya suatu penyeksaan
merah matanya
lesu tubuhnya bagaikan dimamah kepayahan
bergetar tangannya menggapai
mencari ketenangan yang menghancurkan.

Wahai anak-anak watan!
Mengapa dibiarkan senyum iblis di setiap langkahmu
kemenangannya mengocak ruang fikirmu
Mengapa laluan itu yang menjadi pilihan?
Mengapa ketenangan itu yang menjadi santapan?
Katakan DADAH itu bukan penawar
DADAH itu bukan pemberi ketenangan
DADAH itu bukan santapan keimanan
Ia adalah racun yang tersembunyi
Ia adalah duri yang menusuk pedih.

Wahai anak-anak watan!
Bantu dan bimbinglah mereka
Meski tidak terdaya mengawal diri
dengan tubuh yang lesu dan tangan yang bergetar
sambut dan genggamlah jari-jari itu
tadahkan doa memohon restu keampunan
agar langkah yang sumbang,
masih bisa dihayunkan
sederap penuh sedar.
Jangan dibiarkan bunga-bunga bangsa itu layu dan gugur
dari jambangan yang segar dan bumi yang subur
kerana yang jatuh dan rebah itu adalah anak-anak watanmu
yang masih punya harapan utk hidup beribu tahun
bercitakan kebahagiaan dan kecemerlangan wawasan.

Sekian, terima kasih
Read More...

Pameran Minggu Anti Dadah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sebelum ini telah diadakan pelancaran minggu anti dadah peringkat sekolah. Antara aktiviti sepanjang minggu anti dadah ini ialah PAMERAN.

Pameran ini dibuat di dewan sekolah. Murid-murid boleh mengunjungi pameran pada waktu rehat. Boleh baca info, risalah, poster, buku-buku dan pamplet yang berkaitan dengan dadah.

Pengunjung bertuah juga boleh mengisi nama dan letak didalam botol yang telah disediakan. Tujuannya untuk cabutan nama pengunjung bertuah. Hadiah akan diberi pada waktu majlis penutupan minggu anti dadah.

Pameran hanya berlangsung selama 3 hari iaitu bermula hari AHAD,ISNIN DAN SELASA sahaja. (15-17hb 2 )

Jadi nanti masa rehat, anak-anak boleh rehat dahulu dan datang ke pameran yang cikgu sediakan. Atau boleh berkunjung ke pameran kemudian rehat. Mana-mana pun boleh anak-anak.. Dapatkan seberapa banyak ilmu berkaitan dadah ini.













Read More...

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap sihat lah ya. Cuaca tak menentu sekarang ni. Kalau panas, panas sangat. Cikgu pun sekarang mudah kena migrin.

Hari ni 15/2/2015 perhimpunan rasmi sekolah diadakan pelancaran minggu anti dadah. Sebelum tu doklah cikgu fikir macam mana nak buat kejutan masa pelancaran tu. Memula nak buat kad, bubuh dalam ais. Bila dah hari sabtu kad pun tak siap lagi cikgu tukar pula. Cikgu bubuh lighter. Bungkus elok-elok dengan plastik.

Ais tu pula cikgu buat masa hari jumaat malam sabtu. Buat 2 lapisan. @ bekas beza lah. bila sabtu petang cikgu tengok dah keras. Malamnya cikgu tebuk lubang ais kat tengah sikit muat-muat lighter.kemudian tindih atasnya dengan lapisan ais lagi satu. tuang air sikit bagi ais bawah dan atas keras bersatu. Suhu peti sejuk pun cikgu naikkan. Pagi ahad sebelum pi sekolah ais tu dah keras.
 Oh lupa nak bagitau, cikgu letaklah riben kuning kat penukul hammer tu. Apa kegunaan lighter????? lighter tu buat syarat je Guru Besar bakar sikit hujung rokok. kemudian rokok tu ditonyoh kat ais.

Pagi ni cikgu jadi pengacara untuk majlis pelancaran dan dibantu cikgu hani . Ini agendanya:

-perutusan oleh pengarah pelajaran negeri (GPK HEM)
-Perasmian (GB)
-Doa (Ustaz Rizalman)
-Bacaan sajak (ahli kelab bimbingan kaunseling)
-Ikrar pelajar(ketua murid)

Bagi pertandingan pula:
-karangan tahun 6
-poster tahun 5
-deklamasi sajak tahun 4
-membaca pantun tahun 3
-mewarna bagi pra sekolah, ppki, tahun 1-2

Turut diadakan :
-Pameran selama 3 hari pada waktu rehat di dewan.
-tayangan tv yang berkaitan dengan dadah di kantin pada waktu rehat juga 3 hari
-Cabutan bertuah pengunjung yang datang ke pameran

Harapan cikgu semua murid SKBM dapat mengambil peluang mengunjungi pameran yang diadakan. Bahan pameran cikgu ambil di AADK kota tinggi, print dari web dan dari bahan simpanan tahun-tahun sudah.

Tahun ni cikgu tak panggil AADK buat ceramah sebab masa yang suntuk. Gilir-gilir sebab tahun lepas dah panggil AADK juga. Jadi bahan pameran semua diusahakan sendiri.








Read More...

12.2.15

LAMAN DEMI MASA VS GAMUS

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Entry kali ini berkaitan dengan amalan yang AKAN / SEDANG diamalkan di SK Bandar Mas. Rentetan dari amalan ini yang telah dilaksanakan bermulanya pada pertengahan 2014, pihak sekolah akan meneruskan lagi amalan ini pada tahun ini.

Seperti mana ibu bapa/penjaga sudah sedia maklum, hebahan bekenaan Laman Demi Masa ini telah dihebahkan melalui beberapa cara iaitu pertama hebahan dari guru bimbingan kaunseling kepada murid, hebahan guru bimbingan kaunseling kepada semua guru-guru, hebahan guru bimbingan kaunseling kepada ibu bapa di mesyuarat agung PIBG sekolah.

Untuk kali ini cikgu akan hebahkan pula perlaksanaan berkaitan amalan ini di Blog kaunseling ini. Dimudahkan cara peranan yang melibatkan semua pihak seperti dibawah:
GURU-GURU: Guru yang bertugas memastikan akan menyelitkan kata-kata nasihat dan ingatan setiap kali perhimpunan sekolah
MURID: Datang awal atau menepati masa kehadiran ke sekolah
IBU BAPA: Memastikan anak-anak hadir ke sekolah menepati masa
PENGAWAS: Menjaga Laman Demi Masa dan mencatat laporan di Buku Rekod Harian Murid Datang Lewat Ke Sekolah
GURU B&K: Kelompok Bimbingan Berfokus Murid Datang Lewat

Diharapkan murid-murid SK Bandar Mas bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi juga bersahsiah diri terpuji dengan mematuhi masa. Moga anak-anak SKBM berdisiplin dan membawa sikap ini di alam pekerjaan kelak. Aminn



























































Read More...