22.1.15

Pelancaran Mentor Mentee 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah Majlis Pelancaran Mentor Mentee dapat dilaksanakan hari ini. Cikgu selit sikit dalam Majlis Akujanji UPSR murid dan ibu bapa.

Sebenarnya untuk pelancaran kali ini cikgu buat ringkas sahaja setelah ebrbincang dengan guru besar. Untuk hari ini, cikgu cuma sediakan kertas bertulis dan di liminatkan untuk ditandatangani oleh guru besar sebagai SIMBOLIK pelancaran mentor mentee.

Jadi, tinggalnya cikgu akan berjumpa dengan semua murid tahun 6 pada minggu depan untuk agihan mentee mereka. Cikgu juga akan tapal di detiap kelas tahun 6 agar murid tak lupa siapa mentee mereka.

Kali ini cikgu nak pastikan semua murid tahun 6 berjumpa mentee mereka. Macam mana nak pastikan 100% berjaya?

Cikgu dah created 1 kad. Setiap murid akan dapat dan setiap kali jumpa mentee, mentee akan sign kad tersebut. Paling minimum jumpa sebulan sekali. Dan cikgu akan cek kad tersebut dari kelas ke kelas pada setiap bulan. bagus juga sebab setiap bulan cikgu akan masuk class dan berjumpa mereka.

Nanti cikgu tunjuk kad tersebut ye. Alahhhh created yang mudah je... emmm lupa pula kenapa tak buat pelancaran mentor mentee terus dengan agihan murid pada mentee? sebab lama sangatlah. Murid dahla ramai. Nak serah satu-satu lambat. Lagipula cikgu tumpang dalam majlis akujanji. Tapi cara begini cikgu suka! tak banyak koje! huhahaha




Tiada ulasan:

Catat Ulasan