4.12.15

BOOK CREATIVE MENTORING

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Sihat semua? Alhamdulillah harap semua berada di bawah lindungan dan rahmat dari-Nya.

Waktu cuti yang sedikit ini bolehlah cikgu membina sebuah buku khas yang akan cikgu gunakan tika di dalam kelas bimbingan. Nama buku ini BOOK CREATIVE MENTORING . Biasanya GBK akan kekurangan bahan walaupun idea banyak. Oleh kerana mula tahun depan Unit kaunseling cikgu akan menggunakan " 1 buku 1000 motivasi", iaitu semua murid ada 1 buku motivasi yang akan digunakan tika GBK masuk ke dalam kelas. Jadi mereka boleh tulis apa saja bahan dan motivasi dari GBK. Jadinya cuti ini cikgu fokus untuk bina LATIHAN/RISALAH/HOMEWORK yang bersesuaian mengikut tema yang menjurus kepada perkhidmatan bimbingan seperti emosi, jadual belajar, teknik belajar, pelbagai kemahiran dan banyak lagi . Latihan yang boleh diedar pada murid dan murid dapat tampal di dalam buku..Tidaklah sia-sia kata-kata GBK pada murid. Lagipula buku ini murid akan bawa dari tahun 1 hingga tahun 6. Alhamdulillah juga.

Ada 168 muka surat. Buku dibuat khas untuk saya gunakan dalam kelas bimbingan sepanjang tahun. Semuanya tajuk dibina khas berkaitan bimbingan kaunseling sahaja. Lampiran aktiviti murid yang murid boleh guna dan ditampal di dalam buku. Selaras dengan rencana asal saya yang sudah dibincang bersama PIBG iaitu pembelian 1 buku bimbingan yang termasuk dalam yuran buku. Buku yang akan diguna oleh semua murid thn 1 hingga di bawa ke thn 6. Dengan Moto= 1 MURID 1000 MOTIVASI. Nanti cikgu kongsikan bentuk bukunya. Buku biasa aja beli kat kedai dengan bantuan kedai  PIBG sekolah.




Read More...

Hadiah dari Kamar Sentuhan Kasih 2016

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua rakan-rakan pembaca blog cikgu. Cuti sekolah ni cikgu kumpul semua hadiah-hadiah baki tahun 2015. Tambah juga sikit-sikit untuk bagi penuh rak. Cikgu susun dalam 1 ruang rak dalam almari bilik bimbingan ini.

Tujuan hadiah ni bukan sekadar suka-suka. hadiah ini sebagai penghargaan pada murid dari unit bimbingan. Contohnya jika cikgu tahu ada murid yang terjumap duit dan pulangkan, murid yang kelas hujung kemudian lompat ke kelas pertama, murid yang selalu solat sunat dhuha masa rehat, murid yang rajin menolong cikgu, murid yang kasut sentiasa bersih dan banyak lagi. Dengan syaratnya semua dalam pengetahuan cikgu. Bukan dari maklumat luar.

Kebiasaan cikgu akan minta murid tersebut hadir ke bilik bimbingan dan memilih hadiah apa yang dia suka. Bukan cikgu yang pilih ya. Uhhh mesti murid seronok!. yang benarnya cikgu suka bila tengok murid seronok. Rasa bahagia. Rasa berkongsi kasih sayang. Rasa berkongsi rezeki.

Dalam masa yang sama mendidik murid bersahsiah baik da terpuji.

Cok cok kendong
Kendong nari-nari
Penuh segerobok
Macam-macam hadiah cikgu isi
Mari kongsi rezeki
Buat anak syurgawi
Tunggu naik cuti
Bilik kaunseling menanti


Read More...

Counseling Notebook 2016

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini cikgu nak berkongsi tentang buku kaunseling peribadi cikgu. Dah siap dah untuk tahun 2016.

2 minggu dah sesi persekolah bercuti. Tapi cikgu masih hadir ke sekolah setiap hari. menyiapkan kerja yang dipertanggungjawabkan iaitu sebagai penyelaras buku perancangan sekolah 2016. kena siapkan sebab nak hantar cetak. nanti mesyaurat awal tahun guru buku akan diedarkan. Sambil-sambil tu cikgu siapkan juga keperluan unit bimbingan kaunseling. Banyak yang cikgu rancangan tapi untuk hari ini cikgu siapkan dulu Buku Kaunseling peribadi cikgu. Saja nak cabar diri, kononnya buat dalam bi sepenuhnya.Jadi tahun depan nak tulis apa-apa dalam tu fully bi.

Contents:
Table years n month
Username/password
School term
Pay table 
Leave record
Position duties and
Professional contribution /non
Date courses/meeting
Meeting notes



Read More...

20.11.15

Anugerah Amalan Terbaik Bimbingan Kaunseling Sekolah Rendah 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sudah sampai ke penghujungnya tahun 2015. Dan rupanya penghujung 2015 ini juga cikgu menerima penghargaan berupa anugerah seperi yang cikgu tulis tajuknya di atas.

Yang sebenarnya cikgu tak mengharap pun. Sebab cikgu buat amalan ni mula-mula dulu terasa susah nak laksana. Tapi lama-lama cikgu suka sebab mudahkan kerja cikgu dan unit pengawas di sekolah cikgu. Dan cikgu pun tak menang masa pembentangan di Negeri tempoh hari.

Insya-Allah amalan ini akan terus dilaksanakan di sekolah cikgu. Cikgu ada kongsikan amalan ini di post sebelum ini. Bolehlah tengok ya. Maaf jika ada yang kurang. Bolehlah cikgu-cikgu menambah baik ya.

Terima kasih kepada pihak PPD atas anugerah ini. Terima kasih kepada semua warga sekolah atas kepercayaanyang diberi.

Read More...

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Yess! ini lah masa yang dinanti-nantikan

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2015

Hari tu kami meeting bersama ahli untuk tetapkan jamuan. Al-maklumlah kelab kami tak pungut yuran. Kami rancang ada ahli yang akan bawa makanan seperti ubi rebus dan sambal, naget, sate, mee keawtau, nasi lemak, sandwich dan karipap. Cikgu pula akan sediakan air spesial dan puding.
Haaainilah antara menu yang ahli-ahli nak bawa nanti.{bincang time meeting}

Dalam waktu yang sama cikgu sediakan kad jemputan untuk jemput Guru Besar, dan para pentadbir. Jadi nanti ahli kelab akan edarkan. Murid kecik-kecik ni kalau diminta buat kad macam kesian pula.hihihi

Ok, kemudian cikgu sediakan juga sijil penghargaan kepada semua ahli kelab untuk guru besar tandatangan. Sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli atas komitmen yang diberikan sepanjang tahun ini.

Walau ahli kelab kami tidak ramai namun keaktifan kelab ini disanjung oleh guru dan pentadbir. Alhamdulillah. Insya-Allah tahun depan kita boleh upgrade lagi aktiviti kelab kita. Cuti sekolahbulan disember ini pastinya cikgu akan mempersiapkan jadual terbaru aktiviti kelab untuk tahun 2016.

Terima kasih kepada Guru Besar dan Pentadbir-pentadbir yang sudi hadir ke jamuan akhir tahun kelab bimbingan kaunseling tahun ini.

Read More...

Perasmian Pisma Kaunseling "KAMAR SENTUHAN KASIH"

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah, hari yang dinanti telah tiba. Hari ini merupakan hari perasmian pembukaan bagi bilik bimbingan kaunseling cikgu. Untuk makluman, ini merupakan bilik kedua bimbingan kaunseling. Cikgu berpindah dari bilik yang lama atas beberapa sebab. Cikgu mula duduki bilik ini pada bulan 7 tahun ini. Cikgu mempersiapkan 3 bulan untuk memastikan bilik ini boleh diduduki dan dirasmikan sepenuhnya.

Hari ini cikgu dan ahli kelab bimbingan kaunseling turut membantu cikgu dalam memastikan perasmian hari ini berjalan dengan lancar. Perasmian hari ini dihadiri oleh Guru Besar dan semua pentadbir

Agendanya:
1-Guru besar tandatangan plak perasmian
2-Guru besar memotong reben di pintu masuk
3-Guru besar masuk ke kamar sentuhan kasih
4-Guru besar duduk dan memberi sedikit ucapan
5-Guru bimbingan turut memberi sedikit ucapan
6-Guru besar tandatangan buku pelawat
7-Pertukaran hadiah

Rasmilah bilik bimbingan kaunseling yang baharu. Guru Besar menamakan bilik ini dengan nama Prisma Kaunseling Kamar Sentuhan Kasih.  Terima kasih cikgu!

Read More...

10.11.15

Perkongsian Jadual Selepas UPSR 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah selesai sudah nampaknya perjalanan setiap aktiviti murid-murid tahun 6. Cikgu juga pada mulanya dah siapkan awal jadual mereka seminggu sebelum peperiksaan UPSR.

Sejak jadi guru bimbingan kaunseling ini, sudah masuk tahun ke 5 cikgu menyelaras program selepas UPSR. Mengatur pelbagai aktiviti bagi mengisi masa mereka. Jadinya hari ini cikgu nak kongsikan bersama perancangan cikgu. Mungkin berlainan dengan cara kerja guru bimbingan kaunseling yang lain. Namun sedikit sebanyak harap dapat membantu ya untuk kegunaan di tahun hadapan.

Boleh tekan " PERKONGSIAN KERTAS KERJA PROGRAM SELEPAS UPSR"dan muat turun di bawah:


Read More...

5.11.15

Peraduan Cerpen GURU BIMBINGAN KAUNSELING YANG DISAYANGI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Cikgu nak perkenalkan sebuah Peraduan Menulis Cerpen yang cikgu anjurkan. Ini merupakan satu bentuk saluran dan kajian tindakan buat cikgu menilai sejauh mana kehadiran guru bimbingan kaunseling disedari oleh murid-murid. Juga peranan guru bimbingan kaunseling yang berjaya menjadikan muridnya "insan" dan "model" bagi dirinya.

PERADUAN CERPEN
Syarat-syarat peraduan:
1-Peserta perlu menjadi followers di http://kamarsentuhankasih.blogspot.my/
2-Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri
3-Cerpen bertemakan “GURU BIMBINGAN KAUNSELING YANG DISAYANGI”
4-Tiada had jumlah patah perkataan dan jenis tulisan.
5-Ditulis dalam microsoft word. Nyatakan nama dan sekolah.
6-Emailkan ke alamat duniazat@yahoo.com.my
7-Pemenang akan dihubungi melalui email
8-Tarikh tutup pada 30 November 2015
Hadiah kemenangan
Kategori rendah
Johan : RM100
N/Johan : RM70
Ketiga : RM50
Kategori menengah
Johan : RM100
N/Johan : RM70

Ketiga : RM50

Read More...

4.11.15

Persiapan Jejak Kenangan Dan Perasmian Kamar Sentuhan Kasih (Bilik Bimbingan Kaunseling)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu ini. Harap semuanya dalam keadaan sihat.Memandangkan cuaca sekarang berjerebu, jadi kurang-kurangkanlah keluar dan amalkan minum air kosong lebih.

Sekarang cikgu sedang bersedia dan menyiapkan persiapan untuk menerima kunjungan Tuan Guru Besar, Tn Hj Ali b Md Sani. Untuk makluman guru besar kami akan berpencen bulan 11ini. Jadi cikgu ali akan menjalankan program yang dinamakan JEJAK KENANGAN. Beliau akan pergi ke semua bilik-bilik khas termasuklah bilik bimbingan kaunseling.

Dan secara kebetulan cikgu memang nak buat perasmian pembukaan bilik bimbingan kaunseling yang baru ini. Rasanya ramai pengunjungmaklum yang cikgu berpindah bilik, bukan berpindah sekolahya.Hihihi..

Cikgu secara peribadi meminta cikgu ali memberikan idea untuk nama bilik baru ini. Dan nama yang telah beliau pilih ialah

KAMAR SENTUHAN KASIH 

Jadi antara persiapan cikgu kali ini ialah:
-Mengemas bilik dan memastikan keadaan susun atur bilik memenuhi standart pengurusan bilik bimbingan (almaklumlah, bilik baru ni 1 bay je sangat kecil)
-Menempah plak perasmian untuk ditandatangani
-Menyiapkan buku pelawat
-Menyiapkan bunting promosi bilik dan banner pintu. 

Moga lancarlah segalanya.



Read More...

Taklimat Pelarasan Laporan Table Psikometrik

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Didoakan semua sihat-sihat hendaknya. Selepas ujian uptitud am tahun 3 dah selesai dijalankan, cikgu perlu menanda dan masukkan keputusan dalam tapak pelaporan. Penting untuk cikgu sebab mulai tahun2016, murid tahun 6 yang akan ke tingkatan 1 akan bawa 4 benda. Salah satunya laporan keputusan ujian uptitud am yang diambil pada oleh tahun 3.

Jadinya cikgu bimbingan kaunseling kena alert pada murid barutahun 3 yang berpindah ke sekolah kita atau masuk pindah ke sekolah kita.

Hari ini telah diadakan taklimat bagaimana mahu mengisi laporan keputusan dalam tapak yang disediakan oleh pihak KPM. Taklimat diberi kepada semua guru lantikan dalaman dan guru bimbingan kaunseling sepenuh masa agar selaras di peringkat daerah.

Kami memanggilseorang guru BNK dari Kluang untuk memberikan taklimat tapak pelaporan yang dibina. Terima kasih. Insya-Allah akan digunakan dengan baik ilmu ini.





Read More...

Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Kaunseling (Laman Demi Masa)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada pembaca blog cikgu. Baiklah seperti yang cikgu janjikan, cikgu akan kongsikan Amalan Terbaik Pengurusan Kaunseling yang cikgu laksanakan di SK Bandar mas, sekolah cikgu.

Harapnya bahan dokumentasi ini dapat sedikit sebanyak membantu para guru bimbingan kaunseling dalam usaha mencari alternatif mewujudkan amalan terbaik di sekolah masing-masing.

Pengunjung boleh klik tajuk "Laman Demi Masa" di bawah dan tekan muat turun.

Read More...

PENGALAMAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN KAUNSELING NEGERI JOHOR 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semuanya sihat ya. Hari ini cikgu nak berkongsi pengalaman cikgu dalam pembentangan amalan terbaik di peringkat Negeri Johor tempoh hari.

TEMPAT: KLUANG
KEPUTUSAN: NAIB JOHAN NEGERI

Cikgu bersama seorang rakan guru iaitu cikgu amira yang ditugaskan sebagai pembantu cikgu hadir penuh semangat untuk pembentangan kali ini. Setibanya di sana,masih awal dan belum ramai calon pembentang setiap daerah. Cikgu dan rakan pergi sarapan dulu bagi mengisi perut yang memang tengah kosong.

Pada jam 8.00 pagi barulah kesemua wakil daerah hadir dan pembentangan bermula. Cikgu dapat giliran ke 4.

Bila giliran cikgu sampai, cikgu dan cikgu amira setting laptop dan speaker terlebih dahulu. Bila semua ok barulah jam ditekan dan pertandingan bermula.

Cikgu bentang slide yang telah dibuat. Antara yang cikgu jelaskan ialah:

-Tajuk amalan
-Masalah dan punca perlaksanaan amalan ini / kajian tindakan
-Tindakan / cara aplikasi / soal selidik
-Impak / graff / bukti
-Penggunakan teori
-Anugerah berkaitan amalan / pengiktirafan
-Gambar-gambar sebelum selepas

Masa diberi hanya 15 minit. Kemudian ada soal jawab dari hakim. Cikgu dapat habiskan masa lebih awal sedikit.Ini pengalaman yang sangat bernilai bagi cikgu dalam berkongsi amalan terbaik pengurusan kaunseling di SK Bandar Mas kepada daerah-daerah lain.

Insya-Allah post akan datang cikgu akan berkongsi berkaitan amalan terbaik yang cikgu laksanakan disekolah. Jumpa nanti ya.





Read More...

Penutupan Program Selepas UPSR 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah. Program selepas UPSR dibawah penyelarasan cikgu sudah semakin sampai ke penghujung. Sebelum ini cikgu sudah kongsikan susun atur jadual program selepas upsr bermula dari selepas habis peperiksaan upsr sehingga semalam iaitu 30 oktober 2015.

Hari ini telah diadakan Majlis Penutupan Program Selepas UPSR dan Jamuan Akhir Tahun 6. Untuk tahun ini cikgu telah serahkan majlis ini kepada AJK yang telah cikgu yang lantik yang terdiri dari murid tahun 6.

Ada AJK persiapan tempat, pengacara, jamuan, kebersihan, backdrop, doa, ucapan murid, jemputan dan protokol. Semua murid tahun 6 yang mengurus dan mengendalikan. Alhamdulillah semua guru-guru teruja. Pastinya cikgu akan merindui kamu!!!

Aturcara Program:
-Kata aluan pengacara
-doa
-Ucapan wakil murid
-Ucapan guru besar
-Persembahan murid (Zapin)
-Sambutan ulang tahun kelahiran guru-guru bulan oktober
-Penyampaian hadiah aktiviti(permainan, panitia)
-Jamuan
-Persembahanmurid (pantun dan lagu)
-Bersurai

Tahniah anak-anak tahun 6!!!
Anda sememangnya hebat!!
clap! clap! clap! tepuk hebat!!!











Read More...

Bermulanya Ujian Uptitud Am Tahun 3

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Hari ini cikgu adakan ujian uptitud am tahun 3. Cikgu kaunseling sekolah lain dah lama buat. Tapi oleh kerana cikgu bercuti selama 30 hari sebab operation,jadi cikgu hanya dapat laksanakan selepas naik cuti.

Cikgu tak boleh serahkan pada guru-guru lain untuk buat sebab taklimat perlu diberi kepada murid. Bentuk soalan dan kertas jawapan sendiri berbeza dari kertas yang mereka jawab dalam peperiksaan biasa. Kalau tak diberi taklimat dahulu nanti masa ujian dijalankan berlaku kesukaran dan ketidakcukupan masa murid untuk menjawab. Cikgu lebih suka bagi taklimat dahulu kepada murid. Cikgu-cikgu lain mungkin tidak berapa arif.

Alhamdulillah hari ini berjaya juga anak-anak tahun 3 menjawab ujian uptitud ini. Selamat menanda kertas jawapan pula selepas ini.







Read More...

Persediaan Ujian Aptitud Am Tahun 3,2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)


Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu.Hari ini cikgu nak kongsikan maklumat berkaitan ujian aptitud am tahun 3 yang akan dilaksanakan.Ini merupakan batch ke 3.

Soalan tahun 2015 adalah soalan berlainan dan tak sama dengantahun 2014. Kertas jawapan juga dikemaskini dengan baik bagi memudahkan murid menjawab dan guru menanda.

Di sini cikgu sertakan sekali maklumat-maklumat berkaitan ya.Kecuali JAWAPAN cikgu tak sertakan.  Boleh klik dan muat turun maklumat di bawah:

1-SOALAN UJIAN UPTITUD AM TAHUN 3
2-BORANG JAWAPAN
3-JADUAL PPsi TAHUN 3
4-PENYATA KEPUTUSAN
5-SLIDE APTITUD AM
6-DATA PSIKOMETRIK NAMA KELAS
7-SURAT PERLAKSANAAN 
Read More...

6.9.15

Relaksasi Minda dan Relaksasi Badan Yang Murid Cikgu Paling Suka

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semuanya sihat dan berada dubawah lindungan Allah SWT. Aminn.

Ok, hari ini cikgu nak cerita tentang satu rileksasi yang murid-murid cikgu suka benar. Biasa kalau masuk kelas bimbingan mesti mereka minta untuk buat relaksasi dahulu. Dan biasanya juga cikgu akan turutkan sebab apa..... sebab mereka berjanji akan berkelakuan baik untuk mendengar bimbingan yang cikgu sampaikan selepas rileksasi. Mestilah cikgu pun seronok kalaulah dijanjikan begitu. hihihi... Dan kebiasaannya juga mereka menepati janji dan selesai rileksasi cikgu dengan mudahnya beri bimbingan ikut modul dan waktu berjalan sangat cepat kerana kerjasama mereka yang baik. beberapa kali cikgu cikgu tak sedar masa dah habis.

Cikgu nak kongsi cara cikgu buat Rileksasi Minda dan Rileksasi Badan yang cikgu buat ni. Mudah saja. Memula dulu cikgu belajar dengan Cikgu Tee Mei Lian pada awal tahun lepas. Kami kenal sewaktu sama-sama buat pembentangan amalan terbaik negeri pada 2014. Rentetan dari situ daerah cikgu buat lawatan ke sekolah cikgu tee dan belajar bagaimana relaksasi dijalankan. Tapi masa tu kami dengar dengan bahasa cina. Agak tak berapa faham. Jadi di sini cikgu mudahkan pada bahasa yang cikgu mudah faham dan paling penting anak murid cikgu yang sekolah rendah ni pun faham. Jadi cikgu berikan langkah dan ayat yang biasa cikgu gunakan ya.

Memula kita belajar RELAKSASI MINDA dahulu. Cikgu mudahkan sebab anak murid cikgu sekolah rendah. Kalau murid sekolah menengah bolehlah guna bahasa yang aras tinggi ye. Ini ada beberapa gambar murid-murid cikgu waktu laksana relaksasi minda. Gambar-gambar lain boleh tengok dalam blog ini juga. JOM!

Baiklah anak-anak, kita mulakan hari yang indah ini dengan relaksasi minda. Agar ketenangan muncul dalam diri, agar aura positif sentiasa menyelubungi diri. Baiklah. Sudah sedia?? Duduk dengan selesa. Duduk dalam keadaan anak-anak paling selesa.. Tangan di atas peha. Dah sedia?  Dalam kiraan 3 bila cikgu sebut 3 baru semua tutup mata. 1....2...3..

Tarik nafas...hembus..tarik nafas dan hembus... tarik nafas lagi dan hembus..

Kita mula dari atas kepala. Fokuskan kepada fikiran anak-anak. Kosongkan minda. Usah fikir apa-apa. Rileksss... kosongkan minda, rilekss...

Kemudian turun kepada mata.Pastikan mata anak-anak tertutup rapat. Tidak terlalu kuat.Pejam dengan lembut seperti anak-anak sedang tidur yang sangat-sangat lena. Rileks.. Sambil itu bernafas dengan lembut. Rilekss..

Turun pula pada hidung, pastikan anak-anak menggunakan hidung untuk bernafas dengan betul. Perlahan-lahan dan tidak terlalu laju. Rilekss.. Rilekss..

Sekarang turun pada bibir. Pastikan bibir atas dan bawah ditutup rapat. Lidah tidak bergerak-gerak didalam mulut. Rileks.. 

Jatuhkan bahu anak-anak seperti sedang melepaskan penat. Rileks... nafas dengan perlahan , rilekss..

Pastikan jari jemari tidak bergerak-gerak dan kaki juga tidak bergerak-gerak. (Jika duduk dikerusi boleh katakan pastikan tapak kaki rapat dengan lantai). Rilekss.. rilekss..

Baiklah kita mula dari atas kepala semua.. (Ulang langkah di atas)

Sekarang cikgu mahu anak-anak bisik dalam hati. 
-Terima kasih Ya Allah kerana aku masih hidup pada hari ini
-Terima kasih mak ayah kerana melahirkan aku didunia ini.
-Terima kasih cikgu kerana beri ilmu padaku.

Sekarang cikgu mahu anak-anak bisik kata-kata terima kasih pula pada diri.
-Terima kasih tangan kerana bantu aku untuk menulis selama ini
-Terima kasih kaki kerana aku boleh sampai kesekolah dengan selamat

Ok, sekarang bisik juga kata-kata janji pada diri.
-Aku berjanji akan puasa penuh pada tahun depan
-Aku berjanji tidak akan meninggalkan solat lagi
-Aku berjanji tidak akan meninggikan suara pada mak dan ayah lagi
-Aku berjanji akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan selepas ini.

Tarik nafas...hembus..tarik nafas lagi..hembus..tarik nafas dan hembus..

Dalam kiraan 3 bila cikgu sebut 3 semua buka mata dan kekal senyap. 1...2....3.. Murid semua minum air dahulu barulah boleh bercakap. 

PERINGATAN PENTING. JIKA SELEPAS SEBUTAN KE 3 DAN MASIH ADA MURID YANG BELUM SEDAR, BOLEH BIARKAN. BERIKAN MASA UNTUK MURID TERSEBUT UNTUK BANGUN.



Ok, sekarang cikgu nak kongsi cara cikgu laksanakan Relaksasi Badan pula.  Biasa selepas relaksasi minda cikgu akan buat relaksasi badan sebagai kesinambungan.  Sebab apa? kerana biasanya lepas buat relaksasi minda, murid akan rasa seperti baru bangun tidur, masih ngantok, tenang, sendi-sendi lemah.. jadi perlunya ada kesinambungan untuk rehatkan sendi-sendi pula.  ok JOM!


Baiklah anak-anak, sekarang kita akan sama-sama buat relaksasi badan. Betulkan kedudukan awak. Duduk dalam barisan. Pastikan barisan semuanya tegak. Dan duduk dalam keadaan yang awak paling selesa.

Sebentar lagi anak-anak akan merehatkan tubuh masing-masing. Pastikan rakan-rakan selesa dengan awak dan pastinya awak akan selesa dengan kawan juga. Sama-samalah kita beri keselesaan kepada orang disekeliling kita. 

Cikgu akan mulakan ikut barisan. Murid yang barisannya cikgu sebut akan baring, letakkan kepala anak-anak diatas betis rakan dibelakang. Tutup mata dan tangan kiam. Tangan perlu diletakkan diatas pusat agar pernafasan anak-anak dapat dirasai dan dapat pastikan anak-anak semua bernafas dengan tenang.

Baiklah dah sedia semua? Kita mulakan dari barisan 1 turun.. barisan 2 turun... barisan 3 turun... seterusnya.....

Ok, cikgu beria anak-anak masa 10 minit untuk rehatkan diri anak-anak. Cikgu beri peluang untuk anak-anak rehat, rilekss..kosongkan minda atau fikirkan hal yang indah-indah..tenangkan diri dan boleh tidur. 

Selepas 10 minit. 

Baiklah anak-anak..10 minit sudah berlalu. Dalam kiraan 3 apabila cikgu sebut 3 semua murid boleh buka mata dan bangun dengan perlahan.Kekalkan kesenyapan. 

PERINGATAN PENTING. JIKA SELEPAS SEBUTAN KE 3 DAN MASIH ADA MURID YANG BELUM SEDAR, BOLEH BIARKAN. BERIKAN MASA UNTUK MURID TERSEBUT UNTUK BANGUN.





Read More...

Basikal Berhias Dianjurkan Oleh Unit Bimbingan Kaunseling

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pemabca blog cikgu. Moga semua sihat dan berada dibawah lindungan Allah SWT.  Sudah masuk tahun ke 5 cikgu menjadi penyelaras Bulan kemerdekaan Sekolah. dan 2 tahun sudah cikgu bekerjasama dengan cikgu arsyad iaitu guru sivik,kajian tempatan  dan sejarah.

Jika dulu cikgu penyelaras terpaksa guna duit kaunseling sepenuhnya...Start posting dah lagu tu.hihihi..kita mengikut perintah.. Emmm.. dalam 2 tahun ni cikgu bekerjasama dengan cikgu arsyad dan dapatlah bahagi kewangan dimana cikgu arshad untuk tahap 2 dan cikgu ambil prasekolah, pendidikan khas dan 1,2,3. Aktivti pun cikgu bagi dua bersama cikgu arsyad ikut tahap yang kami ambil. Dapatlah ringankan sikit kerja cikgu dan kewangan unit kaunseling. Sekolah lain duit untuk kemerdekaan ada yang guna unit sivik dan lain-lain.

Ok untuk tahun ni buat pertama kali Unit Bimbingan Dan Kaunseling buat pertandingan basikal berhias. Cikgu pun dah siapkan poster yang akan ditampal di kelas-kelas tahap 2 sebab ianya hanya terbuka untuk murid tahap 2 sahaja. Nanti cikgu juga akan follow up ketika diperhimpunan.

Selamat hari kemerdekaan untuk Negara Malaysia!




Read More...

Ke Rumah Murid Pemulihan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar ya? Pagi ini cikgu sudah berjanji dengan Guru Pemulihan sekolah cikgu Pn Siti Rosmah untuk ke rumah murid pemulihan. Jika ikut laporan cikgu, tahun lepas cikgu sudah pergi dua kali kerumah murid yang sama atas sebab yang sama.

Jadinya hari ini cikgu dan cikgu Rosmah ke rumah murid tersebut untuk cuba mengenalpasti punca penyebab murid tidak hadir ke sekolah. Adakah sama penyebabnya dengan tahun lepas.  Kali ini cikgu pergi berdua sahaja sebab GPK HEM ada tugas yang tak boleh dielakkan dan GPK HEM beri izin kami keluar. Cikgu jika nak ke rumah murid memang akan bersama GPK HEM. Memang prosedurnya begitu.

Butiran terperinci tidak dapat cikgu tulis disini. kami kerumah murid dan cuba berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Besar harapan cikgu agar murid ini dapat bersekolah seperti biasa. Tanpa kerjasama kedua belah pihak mungkin perkara ini tidak dapat diatasi secepatnya.




Read More...

Bual Ingatan Mesra Bersama Murid Tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semuanya sihat. Cuaca panas sekarang ini. Last hujan di sini 7 hari lepas.

Pagi ini selepas perhimpunan  murid tahun 6 berkumpul untuk mendengar ingatan mesra dari pihak pentadbir, guru bimbingankaunseling juga guru matapelajaran. Sedikit isi butiran cikgu sertakan.

Guru Besar: 1-Jaga Kesihatan
                    2-Pegang kuat pada azam untuk capai kejayaan dalam UPSR. Pastikan lulus semua.
                    3-Usaha dan doa.
                    4-Solat hajat diteruskan pada 6 dan 7hb 9. Setiap pagi.

GPK HEM: 1-Taklimat ringkas sekolah kawalan
                    2-Edaran borang sekolah kawalan

Pn.Norsidah:1-Kelengkapan alat tulis
                     2-Maklumat perpindahan kelas 6A ke makmal sains, 6B ke bilik PSB dan 6C ke Bilik                             KH.

Guru BNK : 1-Murid tidak hadir pada khamis lepas tinggal untuk pemberian slip periksa
                     2-Isi borang sekolah kawalan perlu dalam pengetahuan ibu bapa
                     3-Maklumat perpindahan meja/kerusi ke dewan peperiksaan






Read More...