30.12.14

Pemantauan SPSK 2014

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Biasa hujung tahun sejak 5 tahun ni ialah pemantauan SPSK. Ini dah kira ok setahun sekali.. Tahun lepas 2 kali tau..boleh demam.huhuh

Sebelum ni cikgu hanya bawa fail induk PK13 je bawa turun.. dalam 3 tahun tu ok. Sekali tahun lepas dapat pemantau yang rigid...dah rezeki... walau bahan yang dia nak ada dalam fail induk dia tetap suh ambik fail lain ..bekejarlah turun naik bangunan tingkat 3 sebelah tu. Tapi bukan sekali. 3 kali tau kena ulang alik..huhuh..tobat!

Jadi kali ni cikgu bawa turun semua fail..senang.. emmmmm sekali satu fail pun pemantau yang ni tak tengok. Dia pandang je dan tengok fail induk je.. hohohohoho

Lain pemantau lain caranya ye tak. Tapi lebih puas hati kali ni bawa turun semua. cikgu-cikgu lain pun leh lah tengok fail kaunseling yang banyak ni.

Kandungan fail perlu update sentiasa dan pastikan mengikut piawaian SPSK. Semua borang, laporan pun mesti guna spsk pk13. Setakat ini dah masuk tahun ke 5 insyallah masih boleh mengikuti lagi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan