30.12.14

Pasca UPSR-Pertandingan futsal dan bola jaring

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? cikgu doakan moga diberi kesihatan yang baik, keluasan rezeki dan keluhuran budi yang ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

Biasanya awal program selepas UPSR pastinya aktiviti sukan dahulu. Murid diberi 4-5 hari berlatih dan baru diadakan pertandingannya dan biasanya ambik masa 2 hari.

Kali ini cikgu pilih sukan bola futsal untuk murid lelaki dan bola jaring untuk murid perempuan.  Aktiviti sukan dibuat pada waktu pagi hingga rehat. Selepas rehat murid akan masuk kelas belajar seperti biasa.

Biasa hujung tahun cikgu banyak yang keluar bekursus dan tak cukup cikgu nak jaga kelas. Jadinya cikgu tak dapat banyak buat pilihan aktiviti melibatkan sukan. Hanya dua aktivti ini sahaja yang dapat dipilih kerana ketidakcukupan cikgu yang nak jadi hakim masa perlawanan nanti. Bola jaring dan futsal masing-masing ada dua hakim.

Yang penting murid dapat gunakan peluang dan bakat mereka yang mungkin sebelum ini kurang diketengahkan.

 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan