14.10.14

Program Selepas UPSR-Taklimat Aktiviti

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Malam tadi berlakunya gerhana bulan. Ada yang sempat solat sunat gerhana bulan?? cikgu alhamdulillah buat pertama kali dalam hidup cikgu. Rupanya bila digoogle-goole banyak kisah gerhana bulan yang cikgu tidak tahu. nak diceritakan disini panjang pula nanti.

Ok, selesai sudah kertas bahasa inggeris pada 9/10/2014 yang lalu. Hari ini hari ahad selepas perhimpunan cikgu berjumpa murid tahun 6. Agenda hari ini ialah mengemas dewan dan memasukkan semula kerusi meja kedalam kelas. Kemudian murid tahun 6 akan berada didewan bersama cikgu. Cikgu  menerangkan aktiviti-aktiviti sepanjang program selepas UPSR ini.

Antara yang diterangkan ialah:
1-Program selepas UPSR bermula 12 Oktober hingga 20 November 2015. (sebenarnya minggu lepas pun sudah mula iaitu kursus membuat home made coklat dan art craft dikolej komunit)
2- Program selepas UPSR hanya dijalankan pada jam 7.15 hingga jam 10.00 sahaja. Selepas itu aktiviti P&P berjalan seperti biasa.
3-Aktiviti terbahagi kepada 3 meliputi:
    acara sukan-Futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan
    Aktiviti Panitia- Melibatkan panitia BM,BI,Math,Sains,PI,KH dan Sivik
    Ceramah-Pengurusan jenazah, Persediaan awal kesekolah menengah, Ceramah awal remaja, LDK
                    AADK
4-Pembahagian kumpulan mengikut acara sukan dan panitia (beza tau)
5-Sebarang aktiviti mungkin akan dianjak ke tarikh yang lain jika berlaku hal-hal lain.
6-Program selepas UPSR adalah keterlibatan semua murid tahun 6 dan wajib diikuti. (Tak boleh ponteng)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan