10.9.14

Pembentangan Amalan terbaik Peringkat Negeri

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu ke JPN Johor untuk membuat pembentangan amalan terbaik kaunseling. Cikgu ingatkan bolehla tengok amalan etrbaik cikgu2 dari daerah lain. Dah terbayang-bayang nak kongsi amalan dan buat disekolah cikgu. Rupanya kena masuk bilik sorang-sorang. Macam ujibakat pula. huuhu

kat sini ada 2 pertandingan dijalankan serentak iaitu amalan terbaik kaunseling dan amalan terbaik disiplin (hem)

Cikgu kategori amalan terbaik kaunseling. Dapat giliran kedua. masuk je bilik ada 8 orang penilai yang terdiri dari Pen.PPD kaunseling setiap daerah di Negeri Johor. Hohoho

Cikgu bentang jelah kan.

Ni keputusannya:
Johan- SJKC Lin Chi, Segamat (Relaksasi Minda)
N/johan-SMK Sri Lalang, Kluang (Sistem Untuk proses ujian Psikometrik)
Ketiga-SK Bandar Mas (Telayus)
Ketiga-SK Ledang, Muar (Penggunaan ikon)

Cikgu dapat no 3 ok. Ada 2 sekolah yang dapat no 3 sebab markah sama. Alhamdulillah no 3 daripada banyak-banyak daerah yang menghantar wakil.  Pengalaman itu sangat penting. Tahniah diucapkan kepada johan dan naib johan yang akan mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaaan bagi amalan terbaik kaunseling.Teruskan usaha!



3 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu. Pengalaman mahal harganya.

    BalasPadam
  2. Jijah.. Pengalaman itu amat bernilai.. Semoga kita terus berusaha di masa akan datang..

    BalasPadam