11.9.14

Meeting Persediaan Sehari Sebelum UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Diharap sihat dan berada dibawah lindungan-Nya.

UPSR akan bermula pada hari esok. Jadinya Guru Besar, GPK, dan Guru Bimbingan Kaunseling duduk bermesyuarat. Banyak agenda yang disebut hari ini. Antaranya:
-Persiapan dewan, kelas untuk kuarantin
-Slip peperiksaan boleh dibawa keluar atau tidak
-Ajk-ajk bagi jamuan untuk murid UPSR dan jadual Ajk Ujian Aptitud
-Pemindahan kelas-kelas bagi murid tahun 4 dan 5
-kesihatan murid
-Kelas 6 A yang digunakan sama ada fasiliti didalam kelas baik atau tidak selain dewan
-Jumlah guru yang keluar menjadi pengawas peperiksaan
-Cuti sekolah agama pada hari khamis sahaja
- jenis makanan murid tidak boleh pedas dan berlemak

Harapnya esok peperiksaan UPSR berjalan dengan baik dan lancar. amiinn

Read More...

10.9.14

Telayus

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. tak moh cakap panjang-panjang. Nak memeprkenalkan inilah TELAYUS!
Yang cikgu dok pum pang sebelum ni.

TELAYUS- Terapi Clay Berfokus

Diaplikasikan didalam bimbingan kaunseling berfokus sahaja.

Cikgu mula penggunaan nya pada 2012. Masa tu try and errow je. Time tu guna pondok. Boleh tengok post sebelum-sebelum ni cikgu ada sebut tentang pondok clay terapi.  Masa tu cikgu bagi penerangan lisan kepada murid. Masuk tahun 2013, cikgu buat penambah baikan berdasarkan kekurangan tahun 2012.

Tahun 2013 cikgu mula pelan-pelan bina bigg book telayus. Makan masa juga sebab nak mencari bentuk clay yang sesuai dan cikgu lebih meminati bentuk "animal". kiut ok!
Dalam masa yang sama cikgu masih meneruskan telayus bersama murid dalam bimbingan berfokus.

Bulan 9, 2013 Guru Besar merasmikan telayus. Tahun 2014 bermula lah sepenuhnya penggunaan telayus..




Read More...

Pembentangan Amalan terbaik Peringkat Negeri

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu ke JPN Johor untuk membuat pembentangan amalan terbaik kaunseling. Cikgu ingatkan bolehla tengok amalan etrbaik cikgu2 dari daerah lain. Dah terbayang-bayang nak kongsi amalan dan buat disekolah cikgu. Rupanya kena masuk bilik sorang-sorang. Macam ujibakat pula. huuhu

kat sini ada 2 pertandingan dijalankan serentak iaitu amalan terbaik kaunseling dan amalan terbaik disiplin (hem)

Cikgu kategori amalan terbaik kaunseling. Dapat giliran kedua. masuk je bilik ada 8 orang penilai yang terdiri dari Pen.PPD kaunseling setiap daerah di Negeri Johor. Hohoho

Cikgu bentang jelah kan.

Ni keputusannya:
Johan- SJKC Lin Chi, Segamat (Relaksasi Minda)
N/johan-SMK Sri Lalang, Kluang (Sistem Untuk proses ujian Psikometrik)
Ketiga-SK Bandar Mas (Telayus)
Ketiga-SK Ledang, Muar (Penggunaan ikon)

Cikgu dapat no 3 ok. Ada 2 sekolah yang dapat no 3 sebab markah sama. Alhamdulillah no 3 daripada banyak-banyak daerah yang menghantar wakil.  Pengalaman itu sangat penting. Tahniah diucapkan kepada johan dan naib johan yang akan mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaaan bagi amalan terbaik kaunseling.Teruskan usaha!



Read More...

Relaksasi Minda 1B

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. hari ini cikgu nak try praktikkan perkara baru. Cikgu tertarik dengan relaksasi minda yang cikgu Tee dari SJKC Lin Chi Segamat buat dalam amalan terbaik.

Ini kiranya mahu try lah ni. try and arrow. Cikgu sempat bercakap dengan cikgu tee selama 20 minit je untuk tahu macam mana cara dia buat relaksasi minda ini.

Balik sekolah cikgu try pada kelas 1 Bestari. caranya nanti cikgu tulis ya . Kali ni disebabkan 1st trial jadi ikut suka cikgu je. Ayat pun berterabur.  Insyallah cikgu cuba try untuk kali kedua. Jika makin lama makin ok baru cikgu boleh kongsikan ya. Ni belum pandai dah nak ajar orang, mana boleh!

Read More...

Sambutan Bulan kemerdekaan Sekolah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada pembaca blog cikgu. Seperti tahun-tahun sudah bila muncul bulan ogos pastinya kita tahu itu adalah bulan kita menyambut kemerdekaan negara. Begitu juga disekolah. Sudah 4 tahun cikgu menjadi penyelaras bulan kemerdekaan sekolah.

Sambutan kali ini cikgu pilih tarikh 17 ogos 2014. Berakhir selepas murid habis UPSR.

Antara aktiviti yang dijalankan:
-Pakaian beragam bagi pra sekolah
-Mewarna tahap 1
-Membuat buku skrap tahap 2
-Nyanyian solo tahap 2
-Sajak tahap 2
-Kuiz kemerdekaan sewaktu perhimpunan
-Nyanyian lagu patriotik setiap hari rabu

kali ini ada simbolik yang baru iaitu seorang cikgu memberikan 2 bendera kepada sekolah. Meriah ok!(^_^)








Read More...

Majlis Luhur Budi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Majlis Luhur Budi memang perkara "wajib" yang cikgu laksanakan setiap tahun. rasanya sekolah lain pun sama. Cuma nama je beza. Ada yang namakan Restu ilmu, Semaian kasih dan lain-lain lagi.

Untuk kali ini mari lihat aturcaranya:
-bacaan doa
-ucapan guru besar
-Menulis kata-kata semangat oleh pentadbir dan guru subjek teras
-bacaan selawat
-Sesi bersalaman

Luhur Budi ini penting agar murid diberi peluang untuk bersalaman bersama guru-guru dan memohon maaf diatas kesilapan yang pernah dilakukan. Murid juga dapat meminta agar dihalalkan dan diberkati ilmu yang pernah diajarkan selama ini.

Moga TIADA HALANGAN untuk murid tahun 6 SK Bandar Mas memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2014. aamiinn











Read More...

Program Sentuhan Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Lagi beberapa minggu sahaja nak UPSR. Adakah murid-murid sudah bersedia?  Sekolah cikgu sangat mengambil berat akan persediaan murid-murid calon UPSR 2014. Mengikut keputusan percubaan UPSR, kuantiti yang memperolehi 5A meningkat namun %yang tidak lulus juga meningkat. Walaaaaa... :'(

Setelah berbincang bersama pentadbir disaat-saat akhir ini sangat perlu untuk kami berjumpa dengan ibu bapa murid-murid yang tidak lulus ini. penting! kerjasama dari ibu bapa sangat diperlukan!

Cikgu menyemak murid yang tidak lulus dan segera memberikan surat agar penjaga dapat hadir ke program sentuhan kasih ini. Guru matapelajaran subjek teras dikehendaki menyatakan kepada ibu bapa akan pencapaian anak mereka. Begitu juga nasihat dari Guru Besar dan GPK 1 kepada ibu bapa.

Diharapkan toleransi dan sifat kerjasama yang terjalin antara sekolah dan ibu bapa dapat memastikan anak-anak tahun 6 yang tidak lulus ini akan lulus dengan baik ketika UPSR sebenar kelak. aminnnn





Read More...

Kem Bina Sahsiah pelajar Cemerlang tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harapnya semua sihat-sihat ya. Musim sakit mata sekarang ni.

Hari ini beberapa orang murid telah mengikuti kem bina sahsiah. Sasaran mereka ialah murid cemerlang. Cikgu ambil murid cemerlang berdasarkan keputusan terkini percubaan UPSR yang baru lepas. Ada 5 buah sekolah yang terpilih mengikut zon air tawar.

Didalam kem bina sahsiah ini murid didedahkan dengan teknik menjawab oleh guru-guru pakar bagi mata pelajaran BM, BI,MT dan Sains.

Harapan cikgu murid -murid yang terpilih ini akan dapat meneruskan kecemerlangan mereka didalam peperiksaan upsr yang sebanar. aaamiinnn





Read More...