19.8.14

taklimat Sentuhan kasih untuk 10 SM dan 8 SR kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Alhamdulillah cikgu dan 3 lagi pembina modul sentuhan kasih untuk "Ponteng" sudah selesai menyiapkannya. Hari ini kami hadir untuk membantu jika ada sebarang permasalahan yang ingin diajukan berkaitan modul ini.

Pihak PPD sudah memanggil pengetua/gpk hem, dan guru kaunseling untuk 8 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah yang terlibat didalam program ini.

Sekolah ini terpilih dari sekolah-sekolah lain berdasarkan laporan ketidahadiran ponteng sekolah kota tinggi bulan mei,jun dan julai 2014.

Insyallah sekolah terlibat perlu memulakannya 1hb september ini sehingga awal bulan 11. Kita akan berjumpa lagi pada bulan 11 sebelum cuti persekolahan. Butiran modul tidak dapat cikgu terangkan dengan terperinci didalam blog ini.

Moga-moga dapat membantu sekolah-sekolah terlibat mengurangkan kadar 1% ponteng melibatkan jumlah 24 orang murid sasaran sekolah. aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan