15.8.14

TAKLIMAT PEMBINAAN MODUL SENTUHAN KASIH (PONTENG)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.   Terkejut juga apabila cikgu menerima surat diminta ke PPD untuk taklimat Modul Ponteng. huhuhuh..

Rupa-rupanya 2 guru kaunseling SM dan 2 SR dipilih untuk membina Modul Sentuhan Kasih. Modul untuk ponteng. Modul ini akan digunapakai oleh sekolah-sekolah yang terpilih di Kota Tinggi. Merujuk kepada jumlah dapatan laporan ponteng 3 bulan kebelakangan ini seramai 10 sekolah mennegah dan 8 sekolah rendah yang terpilih.

Kami membincangkan objektif, KPI, dan cara  modul ini dijalankan agar kami dapat lihat secara jelas bagaimana modul ini disampaikan. Sangat membantu untuk kami reka dan bina modul yang sesuai.

Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu untuk membinanya. Cikgu kena buat kertas kerja. Selepas itu kami akan datang semula untuk membentangkan modul tersebut. Insyallah 18hb Ogos ini akan diberi taklimat kepada pentadbir sekolah-sekolah yang terpilih. Insyallah juga program akan run pada 1 september 2014.

aminnn




Tiada ulasan:

Catat Ulasan