19.8.14

Sambutan Bulan kemerdekaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Salam Merdeka!

Selaku penyelaras Bulan kemerdekaan memang sudah menjadi rutin cikgu untuk mempersiapkan program yang bersesuaian sempena bulan kemerdekaan tahun ini.  Alhamdulillah cikgu mendapat kerjasam dari cikgu arsyad iaitu guru sivik dimana cikgu ambil murid tahap 1 dari pra sekolah, pendidikan khas, darjah 1-3 manakala cikgu arsyad mengambil murid tahap 2 iaitu darjah 4-6.

Perasmian sudah berlangsung diperingkat sekolah. Sempena perasmian antara aktiviti yang sudah diatur ialah:
-nyanyian lagu tema "disini lahirnya sebuah cinta"
-Kuiz kemerdekaan
-Penyerahan bendera simbolik 1 guru 2 bendera
-bacaan sajak

Antara pertandingan yang akan berjalan sepanjang bulan kemerdekaan:
-Pakaian beragam untuk pra sekolah
-Mewarna tahap 1 dan pendidikan khas.
-Buku skrap tahap 2
-Nyanyian solo tahap 2
-sajak tahap 2

Sedap lagu tema tahun ini. Selamat ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 57 tahun DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan