15.8.14

Lawatan Guru BNK dari SRAB

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? Harapnya sihat ya .. banyakkan minum air bila buka puasa nanti untuk elak dehidrasi sebab dengan cuaca begini dan sedang puasa mudah untuk kita alami dehidrasi.

Jam 6.30 pagi cikgu menerima mesej dari seornag rakan guru BNK dari SRAB iaitu sekolah rendah agama bersepadu. Cikgu ini mahu belajar berkenaan sistem fail, program-program, cara mengurus, L4 dan lain-lain lagi.

Cikgu menerima dengan kedua belah tangan untuk sesiapa sahaja yang mahu bertanya dan berkongsi. Yang cikgu tahu cikgu akan ajar. Jika cikgu tak tahu pun cikgu akan tanya pada rakan guru yang lain. Kita ini sepanjang hidup memang akan alami proses pembelajaran sepanjang hayat. Tiada kecukupan ilmu. Belajar dan terus belajar. Tetapi bukan maksudnya perlu sambung belajar, tetapi pembelajaran itu boleh diterima dari jawapan, pengalaman dan tunjuk ajar dari orang lain.

Semoga Cikgu dapat laksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SRAB dengan baik. Kita belajar perlahan-lahan. Insyallah lama-lama cikgu akan jadi lebih mudah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan