10.7.14

Program Yassin,Solat Hajat Tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Kini pada setiap hari khamis bermulanya hari ini sehingga menjelangnya peperiksaan UPSR kelak, murid-murid tahun 6 akan kesurau seawal jam 7.10 pagi untuk persediaan solat hajat dan bacaan yasin.

Murid tahun 6 diasingkan dari murid-murid lain yang setiap hari khamis juga ada perhimpunan. Biasanya hari khamis memang panitia agama menguruskan sama ada tazkirah, bacaan yasin, selawat atau bacaan Al-Quran untuk semua warga sekolah...

Moga ibadah kita dan doa kita semua diberkati oleh Allah ya.. usaha dan terus usaha.. waktu rehat juga jangan lupa ambil sedikit masa untuk tunaikan solat sunat dhuha. Masa awal tahu cikgu tengok ramai yang solat dhuha namun makin hari makin sedikit pula.

Kejarlah rezeki dari Allah. Insyallah anak-anak semua akan perolehi keputusan yang cemerlang UPSR tahun ni..amiin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan