3.7.14

Modul keibubapaan (Rintihan kalbu)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.Harapnya semua sihat ya.

Hari ini cikgu masuk ke kelas 5 Cerdas. Cikgu bawa mereka semua masuk ke bilik bimbingan. Cikgu laksanakan Modul keibubapaan. Haaaa kenapa perlunya modal keibubapaan pula ni kepada murid?? heheh mesti ada yang pelik kan apa kaitannya keibubapaan dengan murid.

Sebenarnya meh cikgu ceritakan sedikit. Cikgu ni pun seorang yang pelik juga. Nak tahu banyak perkara berkaitan perasaan murid-murid. Kali ini cikgu namakan aktiviti ini Rintihan Kalbu.... kihkih

MODUL: KEIBUBAPAAN
TAJUK: RINTIHAN KALBU

OBJEKTIF:
-murid mengetahui peranan dan tanggungjawab ibu bapa yang sewajarnya diberikan kepada mereka. (objektif tak boleh banyak ya, tak tercapai nanti)

LANGKAH-LANGKAH:
1-Murid diminta duduk dalam keadaan selesa dan bersandar.
2-Cikgu ceritakan perihal ayah cikgu. Bagaimana orangnya, apa pekerjaannya dan perkara yang ayah cikgu lakukan pada cikgu yang cikgu tak boleh lupa.
3-Cikgu juga ceritakan tentang arwah mak cikgu. bagaimana arwah mak cikgu menjadi permaisuri dalam keluarga, mampu menyiapkan makanan, basuh baju dalam masa menjaga adik beradik cikgu yang ramai. cikgu juga masukkan peristiwa yang cikgu takkan pernah lupa berkaitan arwah mak cikgu.
4-Cikgu minta murid pejamkan mata dan bayangkan muka mak dan ayah masing-masing. Bayangkan juga kebaikan dan kelemahan mak dan ayah yang pernah mereka lakukan pada murid -murid.
5-Setelah buka mata, cikgu berikan sehelai kertas. Dimuka hadapan murid perlu menulis kenangan manis yang tidak mahu dilupakan bersama keluarga. Dan disebelah belakang murid menulis kenangan pahit yang mahu dilupakan terhadap keluarga.
6-Cikgu beri masa selama 30 minit kepada murid-murid.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan