3.7.14

Buku Kerjaya yang Cikgu Sayangi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita bertemu kembali dimuka blog ini. Hari ini cikgu nak berkongsi dengan semua sebuah buku yang cikgu sayang. Cikgu perkenalkan inilah bukunya....

Rasanya cikgu-cikgu bimbingan kaunseling sekolah mesti ada juga buku ini kan??? buku ini terbitnya pada tahun 1995. Cikgu masuk saja ke sekolah ini dah terjumpa buku ini semasa sedang mengemas. kalau tak kemas bilik tak jumpa.huhahahaha

Sangat bagus ok!
-Ada kuiz
-ada teka silang kata
-Ada soalan yang sudah dibina
-Ada cerita
-Ada teka teki
Semua berkaitan kerjaya. Maknanya buku ini bukan tulisan semata-mata.  Jadi snagat mudah untuk cikgu berikan kefahaman kepada anak-anak didalam kelas berkaitan kerjaya sebab mereka perlu diberi aras yang rendah tidak seperti disekolah menengah. Sekolah rendah ni sekadar memperkenalkan sesuatau kerjaya dan apakah nama kerjaya tersebut dan kepentingannya.

Cikgu tidak tahu buku ini ada lagi ke tidak. Cikgu pun siap soletep tetulang buku ni sebab agak mudah terkoyak sekarang. yalah buku dah lama...dulu 1995...sekarang dah 2014.. genap 20 tahun sudah..lama kann..





2 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu. mana nak dapat buku ni ek? first time tengok ni.

    BalasPadam
  2. wa'alaikumsalam. Saya tak tahu mana nak cari buku ni lagi cikgu. Buku nipun saya terjumpa dibilik kaunseling masa mula-mula saya posting dulu.mungkin cikgu lama beli atau KPM ada edar dulu pd sekolah-sekolah.

    BalasPadam