20.6.14

Program Dari Kalbu ke Kalbu

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Program Dari Kalbu Ke Kalbu kali ini cikgu selitkan didalam Hari Terbuka sekolah. Disebab kan ibu bapa akan hadir pada hari tersebut, cikgu dah bincang dengan guru besar untuk ambil kesempatan berjumpa dengan ibu bapa murid tahun 6.

Kami libatkan semua murid tahun 6 dan penjaga mereka. Perkongsian markah keputusan peperiksaan pertengahan tahun oleh guru besar kepada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh terus bertanyakan hal akademik anak mereka kepda guru kelas yang duduk dibarisan hadapan mereka.

Pelbagai perkongsian oleh guru besar yang sangat bagus dan penting akan pencapaian anak-anak SK Bandar Mas ini. Ada juga diselitkan taklimat ringkas info berkaitan pemakanan minda oleh wakil yang dipanggil.

Selepas habis taklimat yang diberikan oleh guru besar, barulah ibu bapa boleh mengambil kad laporan anak-anak mereka. harapan cikgu agar perkongsian ini dapat membuka mata, membuka pandangan fikiran ibu ayah demi masa depan anak-anak kita.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan