20.6.14

Modul Sahsiah Diri (Nilai Murni)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu buat bimbingan dikelas 5 arif.  Modul mudah je kali ni berkaitan sahsiah diri iaitu Nilai Murni. Mudah kan???????

Nama pun sekolah rendah jadi cikgu tukar dari pot pet pot pet kepada game sikit. Lagipun bila dah darjah 5 murid dah banyak tahu nilai murni. kalau tahap 1 cikgu akan terangkan dan jelaskan nama nilai murni itu. tetapi bila dah darjah 5 ni mereka dah tahu banyak. Karang kita ulang-ulang mereka bosan. (cikgu dah try tanya siapa tahu nilai murni semua angkat tangan sambil mulut sebut tak henti-henti nilai murni yang mereka tahu)

Ojektif:
-Memahami lebih mendalam nilai-nilai murni

Bahan:
-Kertas
-Alat tulis

Langkah:
1-Senang je. Masa yang diberi 30 minit je untuk bimbingan kali ni jadi cikgu laju je. Lepas berlaku soal jawab dengan murid tentang nilai murni, cikgu uji pengetahuan mereka.
2-Katakan jika mereka tahu benar nilai murni pastinya mereka dapat teka dengan baik.
3-CIkgu tulis 13 ejaan nilai murni terbalik...kuikuikui
4-Murid salin dan jawab.
5-Nyatanya sambil menulis mulut mereka tak henti cuba nak meneka. Yang syoknya jawapan mereka semua ayat-ayat nilai murni....

Lepas ni nanti periksa bahasa melayu pasti A!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan