5.5.14

Prasarana Ibu Bapa

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita bertemu lagi. Untuk kali ini cikgu ringkaskanlah ya...

Kali ini pihak sekolah menyerahkan buku prasarana kepada ibu bapa. Memang semua ibu bapa akan diserahkan buku ini tetapi simboliknya kami memanggil semua ibu bapa/penjaga tahun 6 untuk mendengar sedikit penerangan berkaitan prasarana ini.

Setelah diberi taklimat ringkas, semua ibu bapa perlu berkumpul mengikut guru eklas anak mereka iaitu 6 arif, 6 bestari dan 6 cerdas. Perbincangan dalam kumpulan bermula. Mereka memikirkan bagaimana mahu memberi sumbangan dan bantuan demi kebajikan murid juga.

Kemudian ibu bapa dibawa melawat ke kelas2 tahun 6 anak mereka. Antara idea yang sempat saya kutip hasil dari perbincangan ibu bapa ialah:

1-mengecat kelas
2-memutihkan board kelas
3-membuat alas meja murid
4-meletakkan tikar getah dibelakang kelas sebagai tempat murid duduk membaca buku
5-meletakkan bunga di luar kelas.

Insyallah kita sama-sama bekerjasama agar murid-murid kita lebih selesa untuk belajar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan