5.5.14

Pemantauan Pentadbir:Bimbingan Di Kelas

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Alhamdulillah syukur, Cikgu baru sahaja selesai dipantau selia oleh pentadbir iaitu GPK HEM Cikgu Zahara.

Pemantauan kali ini sewaktu cikgu membuat bimbingan didalam kelas. Cikgu sudah sediakan Kertas huraian bimbingan yang akan cikgu buat disertekan dengan bahagian ulasan agar GPK HEM dapat menulis memberikan cadangan penambah baikan kepada cikgu.

 Berikut kronologinya:

Kelas:4 Bestari
Bidang: Akademik
Modul bimbingan: Kemahiran Mendengar Dan Bertanya

Falsafah:
1-Murid tahu fungsi mendengar
2-Murid didedahkan teknik mendengar dengan baik

Dibawah cikgu ada sertakan Modul yang cikgu guna. Tetapi gambar langkah-langkah tak dapat nak ambik.
Cikgu juga sertakan hasil dari seliaan tersebut.




Read More...

Rentetan Kes

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga kita semua berada dibawah keredhaan dan keberkatan dariNya..amiinn..

Hari ini cikgu nak sebut tentang UGUT/BULI..

Ada beberapa kes yang cikgu ambil dahulu melibatkan hal ugut dan buli. Tapi namanya sekolah rendah, kawasan kampung pula tu. jadi ugut dan buli yang dimakudkan takdalah serius..hehehe..

Tapi cikgu tetap kategorikan ianya sebagai kes ugut/buli agar murid tahu perkara tersebut dikategorikan sebagai apa..

Gambar dibawah salah seorang murid yang menjadi mangsa. Seperti biasa nama dirahsiakan. Hanya cikgu, murid tersebut dan ibu bapanya yang mengetahui.

Guru-guru yang mengajar kena juga perhati murid didalam kelas. Adakala murid itu menjadi mangsa buli rakannya seperti asik minta duit, suruh buat kerja rumah dan sebagainya.

 Gambar dibawah adalah kesan dari cubitan rakannya. Cikgu ulang lagi, kesan dari CUBITAN..

Murid tidak tahu perlakuan itu salah dan agresif. Hanya sekadar suka-suka dan tiada niat mahu membuli rakan atas faktor tidak tahu itu diistilahkan sebagai buli.

Anak-anak jika membaca blog cikgu ini jadilah murid yang berakhlak murni. Tahu bezakan baik dan buruk. Agar kita disayangai oleh rakan-rakan, ibu bapa dan juga guru. Pastinya anak-anak tidak suka jika semua rakan membenci kan????




Read More...

Kem Pemantapan Sahsiah Islam

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua.  Alhamdulillah terlaksana sudah program Kem Pemantapan Sahsiah Islam yang cikgu idam-idamkan sebelum ini. Terlaksana akhirnya. Syukur juga cikgu mendapat kerjasama yang sangat baik dari Ustazah Nurul Iffah dan Cikgu Hamka (guru sekolah kami) untuk saling bekerjasama.

Sebab apa cikgu buat kem ini?

Sebab risau dengan gejala sosial sekarang yang mencanak naik dan meluas. Dari seawal umur beginilah kita kena didik dan beri panduan yang betul kepada murid-murid ini agar mereka tahu bezakan hal yang baik dan buruk.

Sepanjang kem ini berjalan, bacaan selawat, dan zikir munajat cikgu perdengarkan tanpa henti.

Cikgu bahagikan kepada 3 slot.

Slot 1-Ceramah Motivasi Mujahid dan Mujahidah Solehah (Cikgu)
SLot 2- Ldk islami (Cikgu Hamka)
Slot 3- Tayangan video dan muhasabah diri (Ustazah Nurul)

Alhamdulillah syukur juga sebab berjaya laksanakan misi kami iaitu mahu anak-anak ini makan didalam dulang bersama-sama. Cikgu mahu semai sunnah Nabi dan cara kehidupan Nabi..Wahhhhh sangat seronok.









Read More...

Modul Bimbingan Psikososial. Tajuk Siapa Saya?

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikhu.. haaaaa hari ini cikgu laksanakan bimbingan kelompok bersama murid kelas 1 Arif. Darjah 1 tau....

Biasanya darjah 1 hanya bimbingan asas je yang kita boleh buat. Sebab aras mereka masih rendah. Perkataan/ kata-kata pun biarlah dengan bahasa yang mudah dan biasa mereka dengar. Faham??

kali ni cikgu laksana bimbingan psikososial tajuk Siapa Saya??..

Cikgu fikir murid darjah 1 kena kenal diri mereka dahulu. Maksud cikgu, kenal jantina, nama, alamat rumah, hobi dan sebagainanya. Pokok pangkalmya hal yang mudahla. Agar apabila mereka kenal diri mereka , mereka akan lebih sayang pada diri sendiri.

Objektif:
1-Murid akan lebih mesra dengan rakan-rakan sekelas

Bahan:
-Kertas A4
-Kaler pensil

Langkah-langkah:
1-Cikgu perkenalkan diri cikgu. Cikgu sebut nama cikgu berulang kali

"Nama cikgu Norazizah bt A.Rahman. Norazizah nama yang diberi oleh arwah mak cikgu. Siapa nama cikgu murid-murid??....

kemudian sebut juga tempat tinggal , hobi dan lain-lain.

2-Kemudian minta pula murid menulis nama popular/jolokan/timangan yang diberi oleh ibu ayah dan rakan mereka. Tulis dengan tulisan paling cantik sekali.

3-Lepas siap minta murid letak atas meja masing-masing. Semua murid akan dapat lihat nama rakan-rakan lain. Di sini minta murid secara individu memanggil nama panggilan murid lain ikut nama yang ditulis.






Read More...

Saya di Pesta Buku Antarabangsa(Buku Saya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Sudah bermulanya Pesta Buku Antarabangsa. Saya???

Saya terlibat sama sebab adanya buku saya. hehehe.. Tetapi saya hanya dapat bertugas selama sehari sahaja dan tak dapat mohon cuti lebih lama. Harapnya para ibu bapa, guru-guru dapatlah membawa anak-anak dan murid ke sini ya.

Harga buku serendah RM1 tau! adalah satu kerugian jika tak pergi. Pelbagai jenis buku boleh kita temui. Harga juga sangatlah murah.

Boleh juga membeli buku karya saya (^_^) di both Pengkarya guru.



Read More...

Prasarana Ibu Bapa

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita bertemu lagi. Untuk kali ini cikgu ringkaskanlah ya...

Kali ini pihak sekolah menyerahkan buku prasarana kepada ibu bapa. Memang semua ibu bapa akan diserahkan buku ini tetapi simboliknya kami memanggil semua ibu bapa/penjaga tahun 6 untuk mendengar sedikit penerangan berkaitan prasarana ini.

Setelah diberi taklimat ringkas, semua ibu bapa perlu berkumpul mengikut guru eklas anak mereka iaitu 6 arif, 6 bestari dan 6 cerdas. Perbincangan dalam kumpulan bermula. Mereka memikirkan bagaimana mahu memberi sumbangan dan bantuan demi kebajikan murid juga.

Kemudian ibu bapa dibawa melawat ke kelas2 tahun 6 anak mereka. Antara idea yang sempat saya kutip hasil dari perbincangan ibu bapa ialah:

1-mengecat kelas
2-memutihkan board kelas
3-membuat alas meja murid
4-meletakkan tikar getah dibelakang kelas sebagai tempat murid duduk membaca buku
5-meletakkan bunga di luar kelas.

Insyallah kita sama-sama bekerjasama agar murid-murid kita lebih selesa untuk belajar.





Read More...

4.5.14

Modul Akademik: Ikhtiar Hidup

Bismillahirrahmannirrahim .. When the sweet write (^ _ ^)

Asalamualaikum to all readers teacher. How are you today? hopefully stay healthy and keep smiling.

Today's teachers like academic module. survival favorite teacher this time. Let's teacher gave a short presentation related modules so today.

Target: Students 6 Arif

Objectives:
1-educate students to be able to think rationally (in the afflicted problem / no)
2-Students are able to continue working without despair

The steps:
1 pupil-teacher distributed into 5 groups. (There are various forms of distribution. Hit creative and comfortable so that students do not choose friends)
2-Students sit and listen to a brief description of the teacher.
 -Ms provide an overview of the story. Examples of teacher pay this way:
 -A ship carrying a family on holiday has crashed on an island. the ship was very severe. Finished eating and clothes all broken and burned. But family members survived and were stranded on the coast. How do they want to seek help and continue living a lonely island is?
3-Teacher explaining that they do and the response from students is also required.
4-And then teachers continue planned activities.
5-Students need to make the longest line using something that is in their own. (Teachers do not give examples)
6-Allow for 30 minutes
7-When you are finished, dna teachers whose students see the long lines and whether the materials used come from outside or yourself.
8, while teacher asked each group estimated price of the goods they use to create the line.

Conclusion: The results of today's activity, the students were able to use the whole stuff / things / tools they have (own) such as watches, belts, shoes, socks, belt tai, money, shoelaces and so on to make them the longest line . As long as there is at their disposal to use. This shows that students do not berptutus up to obtain something they want.




Read More...