19.3.14

Seminar Motivasi dan Bengkel Teknik Belajar

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Baharu sahaja selesai Program Motivasi yang cikgu laksanakan disekolah cikgu. Alhamdulillah syukur cikgu panjatkan pada Allah kerana cikgu rasa ini program yang besar kerana melibatkan 6 sekolah..

Mula-mula cikgu nak buat untuk murid tahun 6 sekolah cikgu sahaja. kemudian terfikir nak bersama-sama jiran sekolah sebelah iaitu SK Sungai Mas. Cikgu Zam-zam guru bimbingannya pun setuju. Bila berbual dengan rakan sekolah berhampiran pula mereka juga berminat. Jadinya bergabunglah kami 6 sekolah.....

Program ini melibatkan semua murid tahun 6. Cikgu selaku tuan rumah menyenaraikan AJK mengikut sekolah yang terlibat dan cikgu tak libatkan guru sekolah cikgu. Mesyuarat juga diadakan secara ringkas melibatkan guru BNK 6 sekolah ini.

Tempat:SK Bandar Mas
Jam:7.30 pagi hingga 4.30 petang
Penceramah: Consultan JMJ

Ada 3 slot iaitu:
1-Ceramah Motivasi , Kecemerlangan Diri
-menekankan aspek ciri-ciri kecemerlangan yang boleh disemai dan dibentuk didalam diri setiap murid. pengertian yang lebih lanjut akan kecemerlangan dari segi cemerlang akademik, cemerlang sahsiah diri dan cemerlang rohani.

2-Teknik Belajar yang berkesan
-Menekankan akan peri penting cara belajar yang betul. Juga melihat lebih mendalam langkah-langkah yang berkesan dan tidak berkesan agar murid lebih mengetahui sama ada cara yang mereka laksanakan betul atau tidak. Role model iaitu murid yang mmeperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dipamerkan dan diterangkan kekuatan setiap role model tersebut agar dapat menyuntik semangat didalam diri anak-anak calon UPSR ini.

3-Muhasabah Diri
-Menimbulkan kesedaran didalam diri murid akan keinsafan terhadap dosa dan kekhilafan diri. Murid merasa akan tanggungjawab sebenar sebagai seorang murid sekolah, sebagai anak kepada ibu bapa dan sebagai hamba ALLAH..

Alhamdulillah kekuatan 6 guru bimbingan kaunseling telah berjaya memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih kawan-kawan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan